5 Julai 2016 - 14:04
Duta Mesir, Jordan dan Uzbekistan hadir majlis berbuka puasa bersama presiden Israel

Duta beberapa negara Arab dan ahli perniagaan Turki hadiri majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Israel

Gambar seorang imam mengumandangkan azan dalam majlis berbuka puasa bersama presiden Israel dianggap sebagai provokatif terhadap umat Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Duta Mesir Hasem Khairat bersama beberapa orang ahli pernigaan dan duta-duta negara Jordan, Uzbekistan serta beberapa diplomat lain menghadiri majlis berbuka puasa bersama Presiden Israel Reuven Rivlin pada hari Ahad lalu.

Radio Israel pada hari Isnin lalu turut melaporkan majlis tersebut dan Presiden Israel turut memberikan ucapan berkenaan para pemimpin Palestin yang mengambil sikap berdiam diri ketika rakyatnya melancarkan serangan ke atas Zionis.

Sementara itu, jurubicara Perdana Menteri Israel Ofir Gendelman menyebarkan gambar seorang imam yang mengumandangkan azan dalam majlis anjuran Rivlin tersebut. Para aktivis masyarakat menganggap gambar tersebut bersifat provokatif terhadap umat Islam.

Duta Mesir bersama diplomat perniagaan Turki

Presiden Israel Reuven Rivlin memberikan ucapan dalam majlis berbuka puasa