12 Julai 2016 - 13:50
8 kenderaan tentera Saudi musnah di Marib

8 kenderaan tentera yang dipakai tentera Saudi musnah manakala unit di dalamnya terbunuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - 10 tentera Saudi terbunuh manakala 15 yang lain cedera dalam pertempuran sengit kelmarin bersama prajurit infantri darat Yaman yang dibantu pasukan sukarelanya di kawasan perkampungan al-Mushajjah, daerah Sirwah, wilayah Marib.

Al-Maseerah melaporkan militan upahan yang berkubu di al-ZUbayr dan Tabab telah diusir keluar dari kawasan Sirwah. 25 anggota militan dilaporkan cedera dalam operasi ini.

Laporan turut mengesahkan 8 kenderaan tentera Saudi turut musnah dalam pertempuran tersebut.

Tentera Yaman yang dibantu pasukan sukarela rakyat mencapai kejayaan yang besar apabila berjaya memenangi pertempuran di kawasan Naham, Marib dan al-Juf.