Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Anggota Komuniti Ulama Bahrain mengeluarkan pesanan penting yang dinamakan sebagai tangisan golongan tertindas setelah beberapa tahun berlangsungnya tindakan kejam rejim Al Khalifah seperti penyeksaan, penangkapan, perlucutan kerakyatan dan berbagai lagi kekangan hak asasi manusia.
Dalam tindakan terbaru, kerajaan Bahrain telah mengharamkan parti gerakan al-Wefaq dan perlucutan kerakyatan Sheikh Isa Qassim.
Selain itu, kerajaan Bahrain turut mengumumkan pembayaran khumus Syiah kepada kerajaan. Kementerian kehakiman negara ini juga akan menyiasat pengurusan wang ini.
Pasanan tersebut adalah seperti berikut:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Salam dan selawat ke atas Sayyidina Muhammad dan keluarga baginda,
Adapun dengan itu, kami selaku bahagian dari Syiah di ibu pertiwi ini (Bahrain) benar-benar yakin bahawa kewujudan, identiti, kepercayaan, slogan dan kewajiban kami telah menjadi sasaran.
Dengan ini, kami secara serius memohon agar serangan ini dihentikan.
18 Julai 2016
Tandatangan:
Sheikh Isa Qassim, Sayyid Abdullah al-Ghuraifi, Sheikh Abd al-Husain al-Satari, Sheikh Muhammad Salih al-Rabi'i