5 Ogos 2016 - 14:43
300 ribu penduduk Bahrain pertahan rumah Sheikh Isa Qassem

Penduduk Bahrain melaung-laungkan slogan solidariti bersama Sheikh Isa Qassim.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ratusan ribu rakyat Bahrain berkumpul di rumah Sheikh Isa Qassem sambil melaung-laungkan slogan membela ulama tersebut.

Berasaskan video yang tersebar di laman sosial, kira-kira 300 ribu penduduk Bahrain berkumpul di sekitar rumah Sheikh Isa Qassem sambil menuntut rejim Al Khalifah berhenti menindas pengikut mazhab Syiah.

Penduduk tempatan mengambil tindakan tersebut sebagai tanda solidariti bersama beliau setelah mahkamah tinggi Bahrain melucutkan kerakyatannya pada 20 Jun lalu.

Sementara itu parti Demokratik al-Wahdawi memaklumkan seorang ulama terkenal bernama SHeikh Muhammad Jawad al-Shahabi telah ditangkap di kawasan terbabit dan dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui.

Sehari sebelum itu mahkamah Bahrain juga mengadili seorang anggota pejabat politik parti demokrat al-Wahdawi dan perbicaraannya akan ditunda sampai bulan depan.

Sekurang-kurangnya sembilan orang lagi ulama dan aktivis sosial di negara itu sedang disoal siasat ibupejabat polis kota Hamd Selatan.

Penduduk Bahrain mula melancarkan demonstrasi aman pada tahun 2011 bagi menuntut kesejahteraan sosial dan kesaksamaan dalam peluang pekerjaan dalam negara tersebut.