12 Ogos 2016 - 17:46
Tentera Yaman takluki puncak gunung Najran

Tentera Yaman berjaya menakluki puncak gunung Najran setelah menyerang kedudukan tentera Saudi di kawasan tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Televisyen al-Masirah membuat liputan dari medan perang mengenai kemaraan tentera Yaman dalam wilayah Arab Saudi dengan kejayaan menakluki puncak gunung yang mengadap ke arah kota Najran, Barat Daya Arab Saudi.

Portal berita al-Najm al-Thaqib pula melaporkan dua kenderaan tentera Saudi musnah di kawasan Mahkruq. Sebuah gudang senjata Saudi di kawasan terbabit juga telah telah diserang. Dua orang tentera Saudi maut dalam sebuah pertempuran hari ini di situ.

Tentera Yaman juga mara ke dalam wilayah Najran setelah sistem pertahanan Arab Saudi di situ lumpuh.

.............