Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemimpin Agung Revolusi Islam Iran, Sayid Ali Khamenei berkata 'Pohon terkutuk' yang memerintah Arab Saudi tidak layak mengurus tanah suci.
Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan keluarga jemaah haji yang maut dalam tragedi di Mina pada tahun lepas. Ali Khamenei berkata, situasi bertambah parah apabila pertubuhan hak asasi manusia dan negara-negara lain memilih untuk berdiam diri terhadap isu ini.
"Berdiam diri itu masih menjadi musuh yang melanda negara-negara Islam. Ini adalah malapetaka bagi dunia Islam.
"Pohon terlaknat harus dipecat dari tugasan Haji," kata beliau sambil bertanya, "Sekiranya Al Saud tidak boleh dipersalahkan dalam tragedi Mina, kenapa mereka menghalang siasatan bebas?"
"Kalau kes ini tidak sengaja sekalipun, kebiadaban dan pengurusan tidak cekap yang parah ini adalah satu kesalahan bagi sistem pemerintahan," kata Khamenei.
Tambah beliau lagi, kerajaan Saudi yang disokong Amerika telah melancarkan tindakan untuk menumpahkan darah di Yaman, Syria, Iraq dan Bahrain.
"Oleh itu, Amerika dan para penyokong Riyadh yang lain adalah sekutu dalam jenayah Saudi dan kekejamannya."
Pada 24 September 2015, petembungan antara dua arus jemaah haji terjadi di persimpangan jalan Mina semasa ritual melontar di Jamarat.
Arab Saudi mendakwa hampir 770 jemaah haji terkorban dalam insiden tersebut, tetapi pegawai-pegawai Iran berkata sekitar 4,700 orang termasuk lebih dari 460 rakyat Iran terbunuh dalam tragedi itu. Insiden di Mina itu dianggap tragedi paling dahsyat dalam sejarah ibadah haji. Menurut Associated Press, jumlah korban tersebut dianggar dari kenyataan rasmi 36 buah negara yang kehilangan rakyat mereka dalam kejadian tersebut.