12 Disember 2020 - 15:47
Majlis Ahlul Bait Sedunia kecam penangkapan Allamah "Sayyid Hashim al-Shakhas" oleh rejim Saudi

Majlis Ahlul Bait Sedunia (Majma' Jahani Ahlelbayt) mengeluarkan pernyataan rasmi yang mengecam penangkapan ulama Syiah Saudi, "Sayyid Hashim al-Shakhs" oleh pasukan keselamatan rejim Saudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Majlis Ahlul Bait Sedunia (Majma' Jahani Ahlelbayt) mengeluarkan pernyataan rasmi yang mengecam penangkapan ulama Syiah Saudi, "Sayyid Hashim al-Shakhs" oleh pasukan keselamatan rejim Saudi.

Dalam satu kenyataan, Majlis menuntut pembebasan segera ulama Syiah terkemuka Saudi dan menggesa masyarakat antarabangsa tidak berdiam diri dalam menghadapi tindakan rejim Saudi.

Teks lengkap terjemahan Melayu dari pernyataan ini, yang dikeluarkan dalam bahasa Arab, adalah seperti berikut:



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dunia Islam dan Arab sekali lagi menyaksikan pelanggaran hak dan penangkapan para cendekiawan yang berdakwah ke arah Islam serta keamanan di Semenanjung Arab.

Kali ini, cendekiawan ulama, Maulana Sayyid Hashim al-Shakhs, ditangkap secara paksa oleh pasukan lengkap bersenjata rejim Saudi tanpa alasan atau berlandaskan undang-undang, bahkan tanpa waran tangkap atau saman yang diumum. Suatu tindakan yang memperlihatkan penodaan rejim Arab Saudi terhadap para ulama dan penduduk wilayah Qatif dan Ehsa.

Penangkapan itu merupakan lanjutan dari siri penangkapan yang dilakukan oleh rejim Saudi terhadap para sarjana agama. Aktiviti para cendekiawan hanyalah memenuhi kewajiban agama, undang-undang dan kemanusiaan mereka kepada masyarakat dengan menunaikan solat berjemaah dan mengajar hukum hakam agama. Bulan lalu, pada 11 November 2020, Sayyid Khidr al-Awami dan Sheikh Abbas al-Saeed ditangkap dalam operasi penahanan yang ngeri di mana semua batas syariah, tempatan, antarabangsa, agama dan moral telah dilanggar oleh pemerintah Al-Saud. Padahal pemerintah ini mendakwa keIslaman, perdamaian dan demokrasi di dunia dan masyarakat antarabangsa.

Majlis Ahlul Bait Sedunia mengecam penangkapan dan penghinaan haram ini terhadap para sarjana agama dan menyeru rejim Saudi untuk membebaskan Allamah Sayyid al-Shakhs sesuai dengan undang-undang antarabangsa untuk merealisasikan demokrasi sejati di Arab Saudi. Majlis ini meminta masyarakat antarabangsa dan organisasi perundangan tempatan, kemanusiaan dan antarabangsa menuntut pembebasan semua tahanan serta sarjana, sesuai dengan tugas moral dan kemanusiaan mereka dengan undang-undang antarabangsa termasuklah Perjanjian Hak Asasi Manusia PBB dan prinsip-prinsipnya. Antara yang dituntut pembebasannya ialah para ulama seperti Maulana Sayyid Hashim al-Shakhs, dari penjara Al-Saud. Diam dalam hal ini bertentangan dengan pembentukan gagasan prinsip, matlamat kemanusiaan dan Islam. Demikian juga penodaan ini akan menjadi stigma pada umat Islam termasuklah mereka yang kononnya menuntut keamanan dan demokrasi dalam sejarah.

"dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". Qassas - 83
Majlis Ahlul Bait (a.s) Sedunia
10 Disember 2020



Pasukan polis rejim Al-Saud menyerang rumah Hojjatul Islam Allamah "Sayyid Hashim al-Shakhs" di kota Al-Ahsa. Ulama Syiah Saudi ini ditangkap baru-baru ini. Allameh Seyyed Hashem Al-Shakhas adalah salah seorang ulama terkemuka Hejaz yang mempunyai status ilmiah dan sosial yang tinggi di kalangan masyarakat Syiah di "Wilayah Timur".