25 Ogos 2010 - 19:30

Sebuah fatwa bagi menjelaskan fahaman Wahabi telah dilulus untuk diwarta dan dikuatkuasakan di negeri Selangor

Menurut surat Fatwa Jabatan Mufti negeri Selangor dengan Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3Bertarikh 13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431. yang beredar dalam internet adalah seperti berikut:

i - Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i'tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan)kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i'tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:


a. Allah bermuka dan bertangan.


b. Allah duduk bersila di atas arasy.


c. Allah berada di langit.


d. Allah bertubuh serupa nur.


I'tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i'tiqad Ahlussunnah WalJamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kalidiserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I'tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.


ii - Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana pada hakikatnya mereka yang bertawassul ituberi'tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusiahanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah 35)


Sekian, Wassalam.


"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"


Saya yang benar,