Chang Wen-Lin telah dijatuhi hukuman atas kesalahan melakukan paksaan tiga wanita Indonesia memakan daging babi di mana perbuatan itu sangatlah ditegah dalam agama Islam. Beliau mengakui pertuduhan tersebut menurut mahkamah daerah Panchiao di Taipei.
Beliau yang mengakui melakukan perkara tersebut akhirnya membuat keputusan untuk membayar ganti rugi wanita tersebut. Beliau juga dibenarkan membayar denda 60,000 dolar Taiwan (USD2,545) sebagai pertukaran atas penangguhan menjatuhkan hukuman, menurut jurubicara mahkamah.
Chang pada awalnya membela diri kerana beliau menganggap memakan babi akan memberi tenaga kepada wanita, namun akhirnya beliau bersetuju membayar setiap pekerjanya itu 150,000 dolar Taiwan.
Kes ini telah mencetuskan kontroversi dalam dan luar negara Taiwan apabila tiga wanita tersebut mengadu bahawa Chang mengancam akan memotong gaji jikalau mereka enggan memakan yang beliau sediakan termasuk daging babi.
Ketiga-tiga pekerja tersebut turut memfailkan aduan kepada kerajaan Taipei bahawa mereka telah bekerja keras tanpa dibayar gaji yang setimpal selama kira-kira enam bulan.