29 Ogos 2010 - 19:30

Ketua hakim Iran Ayatullah Saeq Amoli Larijani pada hari Ahad lalu menyeru masyarakat umat Islam di seluruh dunia bergabung menyertai perarakan hari al-Quds sedunia pada hari Jumaat nanti.

Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Seluruh umat Islam dan juga bangsa yang menuntut kebebasan hendaklah menghadiri perarakan hari al-Quds sedunia, Kata Amoli Larijani kepada beberapa orang pegawai hakim di Tehran kelmarin.

Beliau menggambarkan penyertaan gagasan umat Islam di hari al-Quds sebagai kesempatan umat Islam menyemarakkan semangat perpaduan sambil berkata, "Perhimpunan besar dan hebat di hari al-Quds setiap tahun mampu menambahkan keunggulan dunia Islam ke atas kelemahan musuh".

Hari al-Quds sedunia telah diasaskan oleh pengasas Republik Islam Iran Imam Khomeini sebagai jalan untuk menyatakan kesetiakawanan dan persaudaraan dengan warga Palestin serta menggariskan pentingnya al-Quds kepada umat Islam.

Hari al-Quds sedunia merupakan acara tahunan menentang penjajahan Israel ke atas Baitul Maqdis. Perarakan anti Zionis dan demonstrasi diadakan setiap hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan di kebanyakan negara Islam dan negara Arab seluruh dunia terutama sekali Iran.

Amoli Larijani kemudian memuji inisiatif Imam Khomeini dan menegaskan perletakan nama hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan sebagai hari al-Quds oleh Imam Khomeini telah membawa kegemilangan martabat umat Islam dan penganutnya serta menghina kuasa besar dunia yang angkuh.