Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, menurut laporan Fars News, marji' Syiah Ayatullah Makarim Syirazi dan Nuri Hamdani telah mengeluarkan fatwa terhadap penghina al-Quran dari perspektif Fiqh.
Menurut Fars, tidak diketahui secara terperinci mereka yang menyiarkan notis yang menjawab pertanyaan mahasiswa dari tiga universiti di Tehran. Mereka mendakwa aksi begini boleh diseret ke muka pengadilan dengan kuasa mahkamah Syar'i.
Uskup Kristian Terry Jones dari Florida telah menganjurkan hari membakar al-Quran sempena mengenang serangan 11 September namun membatalkannya di saat akhir.
Matan pertanyaan dan jawapan adalah seperti beritkut:
Dimulakan dengan kata Salam, semoga ketaatan dan ibadah di bulan Ramadhan diterima, kata duka jua buat Waliyul Asr, tuan yang dihormati tatkala mengecam gejala keji uskup Terry Jones, pergerakan 'Himpunan Mahasiswa Pengikut Wilayah' berhasrat ingin bertindak secepat mungkin dengan mengutuk konspirasi ini bersama gelombang tekanan dan protes orang ramai di seluruh dunia, insyallah...
Dengan ini diminta tuan menjawab pertanyaan berikut:
Pertanyaan:
Menurut pandangan tuan apakah hukumnya uskup Kristian Amerika Terry Jones, ejen dan yang menyokong penghinaan al-Quran? dan apakah kewajipan kaum muslimin?
Jawapan Ayatullah Makarim Syirazi:
Bismihi Ta'ala
Tiada syak lagi mereka yang disabitkan dengan kesalahan membakar al-Quran, halal darahnya ditumpahkan namun tidak dibolehkan bertindak tanpa iringan keputusan hakim Syar'i,
Semoga sentiasa berhasil
Jawapan Ayatullah Nuri Hamdani:
Bismihi Ta'ala
Assalamualaikum
Dari perspektif Fiqh Islam terhadap barang siapa yang melakukan perbuatan ini adalah wajib dibunuh, namun penguatkuasaannya hendaklah diputuskan oleh hakim Syar'i dan tidak boleh bertindak tanpa izinnya. Kami juga turut mengecam pemikiran dan perbuatan ini.
Husain Nuri Hamdani

