15 September 2010 - 19:30

Barangsiapa yang menghina al-Quran, bererti ia telah menentang seluruh agama nabi-nabi serta menghina sekalian umat Islam. Gerak langkah berhelah presiden Amerika mahupun ucapan kementerian luar negara ini tidak lebih jauh dari kepura-puraan dalam menentang pembakaran al-Quran. Setelah peristiwa 11 September 2001 kegemilangan Islam cuba dikaburkan. Begitu juga peristiwa pembakaran al-Quran 11 September 2010 cuba mengaburkan kegemilangan al-Quran di mana pemerintah Amerika memikul tanggungjawab perilaku biadab ini.

Menyoroti jenayah pembakaran al-Quran, Majma’ Ahlul Bait mengeluarkan pernyataan serius bahawa Amerika mesti bertanggung jawab terhadap apa saja kesan dan akibat aksi biadab ini.

 

Pernyataan Majma’ Ahlul Bait adalah seperti berikut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Innalillah Wa Inna Ilaihiraji’un

 

Seperti mana yang disaksikan oleh penghuni dunia setelah beberapa bulan isu ini menjadi huru hara dan kontroversi, meskipun mendapat kecaman dunia, syaitan-syaitan pembenci Islam tanpa segan silu bergelumang dosa besar bangun memerangi Tuhan sekalian Alam dan para nabi dengan menghina kitab Allah.

 

Merujuk perkara ini, Majma’ Ahlul Bait selaku organisasi antarabangsa yang dianggotai beratus elit ilmuan dari berbagai negara dan mempunyai sumber pemikiran dan kebudayaan di kalangan jutaan ugamawan di seluruh dunia menyatakan beberapa perkara sebagai berikut.

 

1.    Al-Quran yang diakui oleh seluruh saintis yang jujur sebagai kitab yang menyeru manusia kepada iman, taqwa, sabar, ibadat, persaudaraan, perdamaian, dialog, akhlak mulia, pendidikan, kemajuan, memerangi korupsi, membela golongan fakir dan anak yatim serta orang susah di mana ia sudah menjadi peraturan hidup dalam agama-agama ilahi. Dengan ini barangsiapa yang menghina al-Quran bererti ia telah menentang seluruh nabi dan agama wahyu serta menghina penyembah Allah.

2.    Jikalau pun aksi ini dilakukan oleh beberapa orang yang jahil atau ekstremis, namun tidak syak lagi ejen Zionis berada di balik birai perilaku ini. Oleh itu umat Islam di seluruh dunia tidak terjebak dengan gerak langkah berhelah presiden Amerika atau ucapan kementerian luar negara ini yang berpura-pura menentang acara membakar al-Quran. Bagaimana mungkin Amerika Syarikat yang berlagak polis serta berhasrat menegakkan undang-undang baru di dunia dengan menempatkan laskarnya di beberapa tempat namun tidak dapat mengawal beberapa ekstremis atau orang gila yang menghina jutaan umat Islam meskipun di depan rumah putih? Apakah dunia akan percaya bahawa kerajaan ini dan pimpinan gereja itu tidak mampu mencegah perbuatan gila mereka itu?

3.    Para ulama, organisasi Islam, pegawai kerajaan negara Islam dan seluruh umat Islam sejurus peristiwa 11 September memaklumkan bahawa agama Islam menentang keganasan dan mereka yang terlibat dalam aksi ini bukan dari kalangan kami. Namun pencetus kekecohan enggan menyiarkan suara sebenar umat Islam seterusnya tidak menzahirkan kebenaran. Hakikatnya cahaya al-Quran semakin bersinar dan kilauan hidayah terpancar dalam pencari kebenaran. Kita menyaksikan, kelihatan di mata musuh semenjak zaman itu hingga sekarang Islam nampak tumbuh lebih subur di barat.

4.    Kegemilangan Islam juga kelihatan bertambah setelah peristiwa 11 September, tidak syak lagi kegemilangan al-Quran juga setelah peristiwa 11 September semakin meningkat dan semakin hari cahaya pengertiannya semakin tersebar menyinari jiwa-jiwa. Allah (swt) juga telah menjamin cahaya kalimahnya sentiasa terjaga.

5.    Dalam pandangan kami, sebarang penghinaan kepada mana-mana agama, kebudayaan dan sunnah ilahi merupakan aksi yang sungguh tidak bijak, jahil dan taksub. Tiada syak lagi barisan pertama suspek konspirasi ini ialah pegawai pemerintah Amerika dan mereka hendaklah menjawab perkara ini sebelum pendakwaan ke atas golongan jahil yang telah mempamerkan kebencian mereka. Tiada syak lagi, jenayah ini mencetuskan tindakbalas yang berat dan keganasan akan membidik tentera Amerika dan kepentingannya di beberapa tempat dunia Islam di mana pegawai Amerika sendiri mesti bertanggung jawab. Penyelesaiannya ialah Amerika Syarikat hendaklah memohon maaf secara rasmi kepada dunia dan pelaku jenayah ini hendaklah dibawa ke muka pengadilan.

6.    Umat Islam juga hendaklah menjaga haknya di mana ejen perancang konspirasi ini diseret ke pengadilan dan dihukum. Kerajaan Islam hendaklah bangkit menentang penghinaan ini di atas jalan hak asasi dan undang-undang sehingga tiada lagi siapa-siapa pun berani bertindak lancang dan mewujudkan perpecahan penganut agama-agama.

7.    PBB, pertubuhan hak asasi manusia, UNESCO, Vatikan, OIC serta para cendekiawan pelbagai mazhab Kristian hendaklah berterus terang mengutuk amalan ini dan menyingkirkan pelakunya dari masyarakat dunia.

8.    Jemaah Kristian hendaklah menutup gereja yang terlibat dalam jenayah ini kerana ia merupakan gereja palsu iaitu di dalamnya terdapat penyembah syaitan. Cendekiawan dan pemimpin Kristian hendaklah berwaspada terhadap individu yang menyalahgunakan agama wahyu serta ajarannya yang merosakkan.

9.    Majma’  Ahlul Bait merujuk kepada peristiwa penting ini sekali lagi menegaskan perpaduan dapat menjaga umat Islam dalam menghadapi perang kasar dan halus musuh. Dengan cara ini mustakbirin dunia tidak ada jalan melainkan berundur.

10. Akhir sekali marilah kita memohon perlindungan dan bantuan dari Sohibuz Zaman dalam menghadapi musibah berat ini.

Semoga semua pengikut pemimpin agung revolusi Islam Iran Ayatullah al-Uzma Khamenei berdiri dengan beraninya berdiri menghadapi konspirasi ini dan tidak sekali-kali lemah mempertahankan Islam dan al-Quran. Ketahuilah Allah Ta’ala bersama kita. Orang kafir dan penjenayah ini berada dalam jangkauan azab dunia dan akhirat.

 

« قُل للَّذينَ كفَرُوا سَتُغلَبُونَ وتُحشَرُونَ اِلى جَهَنَّمَ وَبئسَ المِهَاد »

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan".

 

Majma’ Ahlul Bait

12 Syahriwar 1389, 3 Syawal 1431