18 September 2010 - 19:30

Unit Khas Hizbullah telah berjaya melancarkan ujian peluru berpandu terbaru Iran yang bernama Fatah 110 menurut satu laporan yang dipetik oleh Saluran 2 Israel dari akhbar mingguan al-Rai, Kuwait .

Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Unit Khas Hizbullah telah berjaya melancarkan ujian peluru berpandu terbaru Iran yang bernama Fatah 110 menurut satu laporan yang dipetik oleh Saluran 2 Israel 2 dari akhbar mingguan al-Rai, Kuwait.

Menurut laporan, peluru berpandu Iran yang menjangkau jarak 200 kilometer ini telah dipamerkan dengan megahnya di Tehran lebih sebulan lalu. Ini bermaksud ia boleh sampai ke penjajahan Israel di Palestin dan Ashdod jikalau dilancarkan dari perbatasan Lubnan. Akhbar Kuwait berkata ujian tersebut dilangsungkan di Iran kerana tidak ada tempat untuk melakukannya di Lubnan.

"Ujian tersebut berjaya dan sebahagian anggota yang menyertainya telah pulang ke markaznya di Lubnan", menurut seorang pegawai yang tidak didedahkan identitinya kepada al-Rai. Ogos lalu media Iran berbahasa Inggeris menyiarkan peluru berpandu berukuran 9 meter seberat 3,500 kilo generasi ke-tiga itu diluncurkan oleh bahan bakar minyak.