Menurut Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, pengganas Taliban telah mengepung kampung Kheyvas di pergunungan Shaluzan dan penduduknya yang bermazhab Syiah diserang dengan senjata moden.
Pertempuran terbaru antara Syiah Shaluzani dan pengganas Taliban yang lengkap bersenjata canggih telah meletus di mana berpuluh rumah di empat kampung terbakar.
Anehnya apabila pengganas Wahabi Taliban tidak mampu menentang benteng pertahanan Syiah, tentera kerajaan datang menyerang kedudukan Syiah untuk membantu pengganas!
Sumber menyatakan dua ketua jaringan pengganas kumpulan Haqqani terbunuh dalam pertempuran ini bersama 13 orang yang lain dalam pertempuran baru-baru ini.
8 orang Syiah terbunuh ketika mempertahankan perkampungan Kheyvas malam 16 September lalu dan angka kematian meningkat seramai 25 orang selama pertempuran 2 minggu lalu. Walaubagaimanapun 80 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tercedera.
Komuniti perwakilan Kurram telah menjalankan tinjauan serangan baru-baru ini untuk membawa protes terhadap kerajaan Pakistan yang selama ini berdiam diri dalam pembunuhan warganya yang bermazhab Syiah.
Kedai-kedai dan pasar kelihatan lengang dan sepi sejak 17 September lalu.