Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Menurut laporan IRNA, seorang Professor Malaysia menyatakan bahawa Presiden Iran membidas matlamat sebenar isu serangan 11 September di PBB.
Ketua Jabatan Kejuruteraan Polimer Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azman Hassan memberitahu kepada Agensi Berita Iran (IRNA) bahawa reaksi kaku yang ditunjukkan oleh Rumah Putih membuktikan bahawa Presiden Mahmoud Ahmadinejad berjaya membidas isu tersebut ketika beliau menimbulkan pertanyaan hakikat sebenar serangan pengganas terhadap menara berkembar tersebut.
Tatkala ucapan Mahmoud pada sesi ke 65 di persidangan PBB di New York, presiden Iran telah berkata serangan pengganas pada 11 September telah dirancang oleh beberapa jabatan kerajaan Amerika dan menyeru pembentukan suruhanjaya yang menyelidik fakta-fakta yang peristiwa itu.
"Republik Islam Iran telah menyebut beberapa fakta yang Amerika telah putuskan untuk diabaikan", kata professor Malaysia tersebut sambil menegaskan bahawa tiada ragu lagi bahawa peristiwa 11 September adalah isu yang sengaja direka cipta.
Hassan menekankan bahawa banyak bangsa-bangsa di dunia ini akan menyokong pandangan presiden Ahmadinejad tentang pembentukan suruhanjaya penyelidik untuk menyiasat peristiwa pengganas itu.