Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Doktor Ahmad al-Tayb dalam kunjungan Sayed Ammar al-Hakim, pemimpin Majlis Tertinggi Islam Iraq kelmarin yang melawat Qaherah berkata beliau berhasrat mengunjungi Iraq dengan segera atas nama Imam al-Azhar dan simbol perpaduan dunia Islam".
Beliau menegaskan bahawa al-Azhar dan seluruh bangsa Arab serta Islam ingin mengembalikan Iraq kepada lakaran sejarah dan tamadunnya".
Syaikh al-Azhar menginginkan usaha pengukuhan keamanan di Iraq disamping ia melupakan prahara yang lalu.
Dalam pertemuan tersebut Penasihat Urusan Dialog al-Azhar Mahmud Azb, jurubicara Rasmi al-Azhar Muhammad Rifa'ah al-Tahtawi dan anaknya Penasihat Politik al-Azhar Ridha Jawad Taqi turut hadir.
Ammar Hakim kelmarin turut menziarahi presiden Mesir Hosni Mubarak atas dialog tentang kemajuan Iraq dalam pembentukan kerajaan baru.