15 Oktober 2010 - 20:30

Di dalam al-Quran tidak ada sebab yang mengkafirkan Syiah, saya solat dibelakang Syiah, tidak ada seorang pun ahli tafsir Ahlusunnah berkata bahawa Syiah ada Quran yang lain. Syaih al-Azhar turut memaklumkan ia ingin menziarahi Najaf.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ahmad al-Tayyib, presiden Universiti al-Azhar Mesir menegaskan tindakan beberapa saluran televisyen yang mengkafirkan Syiah tidak dapat diterima dan ditolak. Kata beliau, "Di dalam al-Quran tidak ada sebab yang mengkafirkan Syiah".

Al-Tayyib berkata, "Saya solat di belakang Syiah dan tidak ada al-Quran lain di sisi Syiah seperti kabar angin".

Tegas beliau lagi, "Tidak seorang pun ahli Tafsir Ahlusunnah yang berkata bahawa Syiah mempunyai al-Quran yang lain".

Syaikh al-Azhar memaklumkan beliau berhasrat menziarahi Najaf jikalau berkesempatan melawat Iraq setelah pembentukan kerajaan baru negara ini.