Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pemimpin Kesatuan Ulama di dalam saluran televisyen al-Jazirah berkata, "Saya wajib mengucapkan terima kasih kepada Ayatullah Khamenei kerana mengeluarkan fatwa yang mengharam penghinaan terhadap kesucian Ahlusunnah".
Syaikh Yusuf al-Qardawi dalam acara bertajuk "Bersama Rasulullah" berkata, "Sebelum memulakan perbahasan, dan sebelum menjawab pertanyaan anda, wajib ke atas saya mengucapkan terima kasih kepada Ayatullah Khamenei kerana mengeluarkan fatwanya yang baru itu".
Beliau menambah, "Walaupun pemimpin revolusi Islam telah mengeluarkan fatwa pengharaman terhadap sahabat, saya berharap hak fatwa ini diambil perhatian".