Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Muhammad Rafa'ah Tahtawi jurubicara Ahmad al-Tayyib menyatakan, "Syaikh al-Azhar menerima berita serangan bersenjata ke atas salah satu rumah ibadat saudara Kristian dengan penuh dukacita".
Beliau menegaskan, "Islam menjamin keamanan kepada penganut agama lain dan mengharamkan serangan ke atas gereja-gereja Kristian". Syaikh al-Azhar mengutuk serangan ke atas gereja di Baghdad yang menyebabkan banyak kematian orang yang tidak bersalah dan menyatakan, "Islam dan umatnya berlepas diri dari tindakan yang merosakkan nama baik agama ini kerana ia bertentangan dengan Syariat Islam. Aksi jenayah ke atas orang awam tanpa sebab tidak dapat diterima".
Mengenai ancaman pengganas al-Qaedah yang bertegas ingin mengambil tindakan terhadap gereja-gereja Mesir beliau berkata, "Menurut pandangan kami aksi sebegini tidak boleh diterima dan kami mengecam keras terhadapnya. Tindakan ini hanyalah memberi manfaat keada mereka yang ingin mencucuh api fitnah dalam negara disamping menghuru harakan negara. Namun kami yakin ancaman ini tidak akan memberi kesan terhadap keselamatan Mesir dan penganut agama Kristian serta seluruh rumah ibadat mereka".
Syaikh al-Azhar menyeru dunia Arab sebulat suara bersatu menentang fitnah ini.
Beberapa orang bersenjata yang mempunyai kaitan dengan jaringan al-Qaedah pada hari Ahad lalu telah menyerang pasar Bursa Baghdad dengan tujuan merompak dan kemudian melarikan diri sebaik sahaja pihak berkuasa bertindak.
Penyerang tersebut meluru ke arah gereja Sayyidah al-Najat berhampiran pasar Bursa Baghdad dan menyerang tempat ini sehingga berpuluh-puluh orang jemaah gereja itu terbunuh.
Sepanjang serangan kumpulan ini seramai 123 orang terbunuh dan cedera.