8 Disember 2010 - 20:30

Beberapa orang mahasiswa beragama Kristian dari Universiti Michigan Itali menghadiri pusat Islam Syiah Michigan untuk mengenali perjuangan Imam Husain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Sekumpulan mahasiswa Universiti Michigan Itali menghadiri "Pusat Islam Karbala" di kota Michigan untuk mengenali lebih mendalam tentang hakikat Asyura dan mengadakan pertemuan dengan mudirnya, Hashim Husaini.

Al-Husaini menerangkan kebangkitan Imam Husain (as), para sahabat dan keluarganya sebagai segmen yang sangat penting dalam sejarah Islam. Beliau juga turut mempelawa mereka mengadakan dialog antara Islam dan Kristian.

Di akhir pertemuan, mahasiswa-mahasiswa tersebut telah menyertai majlis mengenang kesyahidan Imam Husain yang dilangsungkan dalam bahasa Inggeris. Di akhir majlis tersebut berlangsung lagi dialog dan sessi soal-jawab. Di samping menjawab pertanyaan, Ustaz di markaz tersebut telah menerangkan bahawa Islam adalah agama kedamaian dan Syiah pula mazhab kecintaan. Kebanyakan pertanyaan mereka adalah tentang tuduhan barat kepada Islam sebagai agama pengganas dan radikal.

Pengunjung mahasiswi Kristian pula turut berpeluang mengikuti kisah perjalanan Imam Husain (as) di bahagian Mukminat pusat Islam tersebut.