Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pasukan keselamatan Arab Saudi malam kelmarin dalam satu sekatan pemeriksaan di Wadi ad-Dawasir (600 Kilometer Riyadh) melepaskan tembakan ke arah dua lelaki bersenjata yang mencurigakan.
Ketika kereta yang membawa penyerang itu berhenti di pemeriksaan polis di kota Najd, salah daripada mereka keluar dari kereta dengan berbusana wanita dan melepaskan tembakan ke arah polis. Walau bagaimana pun penyerang terbabit terbunuh manakala seorang lagi berjaya ditangkap.
Jurubicara kementerian negara Arab Saudi brigadier general Mansur al-Turki menyatakan, "Ramalan awal kami kedua-dua lelaki bersenjata ini mempunyai kaitan dengan al-Qaeda".