23 Mac 2011 - 19:30

Majma' Ahlul Bait hingga ke hari ini masih mengeluarkan kenyataan tentang Bahrain yang menuntut pemberhentian segera segala kekerasan atau kekejaman, penyingkiran askar asing dan usaha untuk mengembalikan hak yang sah penduduk negara tersebut. Dengan ini, Majma' sekali lagi mengeluarkan sebuah pernyataan penting buat warga Bahrain agar tetap meneruskan perjuangan.

Terjemahan pesanan ini adalah seperti berikut:

Kepada bangsa mulia Bahrain yang bangkit berjuang!


بسم الله الرحمن الرحيم

قال الله الحکيم: إن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا تتنزل عليهم الملائکة أن لاتخافوا ولا تحزنوا و ابشروا بالجنة التي کنتم توعدون.


Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa: "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Surah Fusilat ayat 30

Assalamualikum Bima Sabartum;

Telah jelas kepada dunia hari ini, ia menyaksikan pembunuhan dan perampasan terhadap kalian yang dizalimi, ketika secara aman menuntut hak yang selama beberapa tahun telah diremehkan oleh kerajaan yang memerintah anda. Kalian semua telah diletakkan di bawah senjata maut kerajaan-kerajaan serantau yang disewa sehingga dapat disaksikan perempuan dan kanak-kanak kalian terkorban.

Majma' Jahani Ahlul Bait terlebih dahulu mengemukakan salam kepada ruh para syuhada bumi Bahrain, berserta takziah kepada Imam Zaman Arwahina Fida dan bangsa negara tersebut yang mulia, terutamanya keluarga para syuhada. Dengan dukacita yang amat mendalam dan tawassul kepada zat Aqdas Ilahi bersama doa untuk kemenangan bangsa itu, ditampilkan di sini beberapa perkara untuk perhatian rakyat Bahrain dan penduduk dunia:

1. Beberapa hari kebelakangan ini bangsa Bahrain yang mulia telah memulakan sebuah perjalanan untuk meraih hak-hak sendiri dengan kesedaran dan rasa bertanggungjawab daripada Ilahi. Perjalanan tersebut adalah haq, sesuai dan pilihan tepat dan Islami untuk sampai ke matlamat yang suci. Sudah tentu iman, aqidah yang kukuh terhadap kebenaran ini serta kesabaran yang besar menjadi jaminan untuk sampai ke matlamat tersebut.

2. Tawakkal kepada Allah Ta'ala dengan ikhlas adalah benteng buat seluruh penuntut hak. Kebangkitan bersama usaha yang tidak mengenal lelah sudah tentu akan menguatkan kepercayaan rakyat untuk sampai kepada matlamat yang ingin dicapai. Oleh itu rakyat Bahrain, anda semua hendaklah berteguh dan terus berjuang sambil menyedari bahawa Allah sentiasa bersama kalian.

3. Musuh-musuh Islam seperti mustakbirin dunia tahu, sokongan terhadap bencana besar, pembunuhan orang awam Bahrain, menggunakan politik usang dengan melagakan dua kerajaan sehingga orang awam terkorban dan menyertai dalam jenayah mereka tidak akan mencapai matlamat yang mereka inginkan, malahan ia hanya menambahkan intensif kebencian dan kejijikan bangsa-bangsa mereka sendiri. Bahkan ia menambahkan lagi kebangkitan, kekuatan spiritual dan kesabaran orang ramai untuk meraih matlamat suci mereka.

4. Kerajaan Saudi dan sekutunya hendaklah berdepan dengan rakyatnya dan menjawab kezalimannya. Hari ini mereka menyembunyikan masalah dalaman sendiri sambil mengerahkan tenteranya membunuh orang awam Bahrain. Kerajaan-kerajaan ini hendaklah merasa malu berdepan dengan bangsa Bahrain dalam memberikan jawapannya nanti. Sebarang permohonan maaf tidak akan mencegah pengadilan terhadap kezaliman mereka.

5. Wahai bangsa Bahrain yang mulia! ketahuilah satu-satunya jalan keamanan dari kezaliman kerajaan yang menumpahkan darah ialah tawakkal kepada Allah, bertawassul dengan al-Quran, bersatu, mengelak dari sebarang perpecahan serta perselisihan dan timbulkan kesedaran dalam berdepan dengan konspirasi musuh yang memecah belah. YaduLlah Ma'a Jama'ah; yakinlah Allah akan memenangkan kamu ke atas musuh.

Akhir sekali, Majma' Jahani Ahlul Bait sekali lagi mengecam serangan ke atas umat Islam Libya, Yaman, Mesir dan negara-negara lain. Kesedaran seluruh umat Islam dalam menghadapi konspirasi dan perencanaan mustakbirin dunia serta musuh Islam adalah satu keperluan yang tidak dapat dielakkan.

Dengan harapan kemenangan dan bantuan Ilahi; ان تنصروا الله ینصرکم و یثبت اقدامکم.

Majma' Ahlul Bait
29 Esfand 1389