Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pemimpin Pesatuan Ulama Muslimin, Syaikh Yusuf Qardawi telah berkali-kali mengeluarkan pernyataannya tentang kebangkitan rakyat Mesir dan Libya sambil menggambarkan revolusi mereka sebagai jihad melawan kezaliman. Namun tanpa bukti yang kukuh beliau menuduh kebangkitan rakyat Bahrain sebagai revolusi puak.
Syaikh Yusuf al-Qardawi dalam khutbah Jumaatnya di Doha, ibukota Qatar berkata kepada para pendengar, terdapat perbezaan kebangkitan rakyat Bahrain, Mesir dan Libya. Beliau mendakwa, "Apa yang terjadi di Bahrain bukanlah kebangkitan sebuah umat, namun ia adalah kebangkitan firqah yang tidak sama dengan revolusi di Mesir, Tunisia dan Libya".
Perasaan benci kepada Syiah mulai merasuk hatinya setelah anaknya menerima mazhab tersebut sebagai pegangan hidup sehingga beliau menuduh revolusi Bahrain sebagai kebangkitan Syiah menentang Sunni. Beliau berkata kita menyaksikan kebangkitan di Tunisia, Mesir, Yaman dan Libya adalah revolusi menentang pemerintah yang zalim.
Qardawi sebagai tenaga pengajar Agama Islam hendaklah menerangkan lebih terperinci apakah perbezaan regim Ali Khalifah yang telah banyak menumpahkan darah Syiah dengan pembunuhan yang dilakukan oleh regim Qaddafi dan Mubarak? Apakah beliau tidak berdaya mengatakan bahawa apa yang Mubarak lakukan lebih baik dari Ali Khalifah?
Dakwaan Qardawi ini muncul ketika kelompok Sunni dan Syiah sedang berjuang memerangi regim kerajaan Bahrain yang bertindak memerintah negara tersebut dengan diskriminasi dan kekejaman.
Ulama tersebut turut mendakwa perhimpunan di bulatan Lu'lu' bukanlah demonstrasi aman meskipun para saksi telah menyebarkan bukti gambar-gambar dan visual tentang demonstrasi aman tersebut meskipun kebanyakan para wartawan enggan menyiarkan berita yang benar.
Qardawi turut menuduh para penunjuk perasaan di Bahrain bertindak membawa senjata sedangkan video-video yang tersebar menunjukkan rakyat Bahrain menghadapi serangan pihak kerajaan dan Saudi dengan tangan kosong dan menjadikan tubuh badan sebagai benteng dari peluru.
23 Mac 2011 - 19:30
News ID: 233007
Qardawi menyifatkan revolusi rakyat Bahrain sebagai kebangkitan firqah Syiah menentang Sunni