Beberapa peristiwa yang dicatatkan pada hari ini seperti berikut:
Pukul 00:05 waktu Tehran- Gema laungan Takbir di tengah malam.
Penduduk kota dan desa di Bahrain melaungkan Takbir di waktu malam sebagai simbol yang mengiringi keutuhan perjuangan mereka menuntut hak yang sah.
Pukul 00:30 waktu Tehran- Tersebar gambar jenazah syahid ke-26 yang diseksa.
Kelmarin jenazah Syahid Hamid Mahfuz Ibrahim telah ditemui di dalam karung hitam yang diikat dan dilempar berhampiran rumahnya dari sebuah kereta yang tidak dikenali.

Berdasar gambar yang tersebar, beliau telah diseksa dengan kejam sehingga mati.
Jenazah Syuhada ini disemadikan di wilayah Saar.
Pukul 02:36 waktu Tehran- Penangkapan seorang aktivis politik.
Abdul Hamid Murad, pemimpin Pusat Komuniti Wa'd yang merupakan pergerakan pembangkang telah ditangkap
Pukul 8:35 waktu Tehran- Tuduhan Amerika terhadap Tehran
Setiausaha Menteri Pertahanan Amerika hadir dalam pertemuan bersama para pegawai Saudi di Riyadh. Tanpa sebarang bukti beliau mengatakan Iran telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan di Timur Tengah.

Meskipun dunia melihat campurtangan Arab Saudi di Bahrain, pembunuhan secara rambang orang awam Bahrain kali ini seolah-olah mendapat izin Amerika setelah Gates sendiri melawat Bahrain dan langsung menuduh Iran yang mencetuskan huru hara.
Amerika yang merupakan pencetus utama kekacauan di rantau tersebut kini cuba mempertahankan negara yang membunuh rakyat sendiri demi kepentingan mereka.
Pukul 10:14 waktu Tehran- Warga Bahrain bersiap sedia untuk berdemonstrasi keesokan hari.
Warga Bahrain bersiap sedia melanjutkan demonstrasi aman menentang kezaliman dan jenayah keluarga Diraja Aali Khalifah dan pencerobohan askar Saudi pada keesokan hari.
Demonstrasi ini yang akan berlangsung esok ini dengan tema'Selamatkanlah warga Bahrain'.
Berbagai kumpulan parti politik dijangka menyertai demonstrasi ini meskipun dinasti Aali Khalifah telah memberi amaran dan gertakan.