7 April 2011 - 19:30

Ajaran sesat yang ditangkap di Gombak baru-baru ini mempunyai amalan menghapuskan dosa gadis setelah ditiduri ustaz- Mashitah Ibrahim

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dalam forum yang diberi nama 'Benarkah sesat: Debat atau tangkap?' menceritakan tentang ajaran sesat yang ditangkap baru-baru ini di Gombak.

Forum tersebut bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam anjuran Sinar Harian dengan kerjasama majalah I.

Tanpa menyebut nama ajaran tersebut, beliau menceritakan bahawa anak gadis dapat menghilangkan dosa setelah di ditiduri oleh ustaz.

Dr. Mashitah sepatutnya memberikan penjelasan ajaran manakah yang memiliki amalan tersebut dan mengapakah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyepi dalam perkara serius yang terjadi di tengah masyarakat ini.