Kemaksuman para Imam Ahlul bayt menurut dalil naqlī dan ʽaqlī

Takrif kemaksuman menurut Syiah:

Sebelum memasuki perbahasan yang menyabitkan kemaksuman para Imam Ahlul Bait, perlulah kita mengenal dengan lebih terperinci takrif ‘maksum’ menurut pandangan Syiah.

Kemaksuman dari segi bahasa ialah tegah, menjaga dan memelihara, Jauhari di dalam Aṣ-Ṣiḥāḥ al-Lughah menulis:

والعصمة: المنع. يقال: عصمه الطعام، أي منعه من الجوع... والعصمة: الحفظ… واعتصمت بالله، إذا امتنعت بلطفه من المعصية.الجوهري، إسماعيل بن حماد (متوفاي303هـ)، الصحاح تاج اللغة وصحاح العربية، ج5 ص1986، تحقيق: أحمد عبد الغفور عطار، ناشر: دار العلم للملايين ـ بيروت، الطبعة الأولى.

Kemaksuman bermaka mencegah, ʽIṣmuhul Ṭaʽām, iaitu mencegahnya dari kelaparan, dan kemaksuman ialah penjagaan, Iʽtaṣamat biLlah ialah ketika ia dijaga daripada maksiat dengan kemurahan-Nya. – Al-Jauhari, Ismaʽīl bin Ḥammād (meninggal pada tahun 303 Hijrah), Aṣ-Ṣiḥāḥ Tāj Al-Lughah wa Ṣiḥāḥ al-ʽArabiyyah, jilid 5 halaman 1986.

Al-Fayumi di dalam Miṣbaḥ Al-Munīr menulis:

عصمه الله من المكروه (يعصمه) من باب ضرب حفظه ووقاه و (اعتصمت) بالله امتنعت به.

الفيومي، أحمد بن محمد بن علي المقري (متوفاى770هـ)، المصباح المنير في غريب الشرح الكبير للرافعي، ج2، ص414، ناشر: المكتبة العلمية – بيروت

Allah menjaganya (seseorang) daripada perkara yang tidak disukai (menjaganya) daripada bab Ḍarb penjagaannya, peliharanya dan Iʽtaṣamat BiLlah – Al-Fayumī, Aḥmad bin Muḥammad bin ʽAlī Al-Muqri (wafat dalam tahun 770), Miṣbaḥ Al-Munir Fī Gharīb Al-Syarḥ Al-Kabīr Lilrāfiʽī, jilid 2 halaman 414.

Ibnu Manẓūr dalam Lisānul ʽArab menulis:

عصم: العصمة في كلام العرب: المنع... و عصمه الطعام: منعه من الجوع. وهذا طعام يعصم أي يمنع من الجوع.

الأفريقي المصري، جمال الدين محمد بن مكرم بن منظور (متوفاى711هـ)، لسان العرب، ج12، ص403ـ 404، ناشر: دار صادر - بيروت، الطبعة: الأولى.

Maksum: Al-ʽIṣmah dalam kalām Arab bermakna halang... ʽIṣmuhu Al-Ṭaʽām: menjaganya dari kelaparan dan makanan ini menjaganya, iaitu menghalangnya dari kelaparan. - Al-Afriqī al-Miṣrī, Jamāluddin Muḥammad (meninggal tahun 711 Hijrah), Lisānul ʽArab, jilid 12 halaman 403-404

Ahli linguistik yang lain turut mengulangi seperti kata-kata tersebut, maka natijahnya ialah kemaksuman bermaksud menjaga, memelihara dan mencegah.

Kemaksuman dari segi Istilah

Kemaksuman dalam pandangan cendiakawan Syiah bermakna pemeliharaan daripada dosa, kesalahan dan kelupaan khusus kepada hamba Allah. Sesungguhnya pemeliharaan dan kemaksuman ini adalah anugerah dan taufik daripada Allah (s.w.t) yang meliputi segala hal individu itu. Natijahnya seseorang itu maksum meskipun ia mempunyai kemampuan melakukan dosa dan kesalahan, namun ia mencegah dirinya dari melakukannya.

Al-Marhum Shaykh Mufīd berkata tentang perkara ini:

العصمة لطف يفعله الله تعالى بالمكلف بحيث يمتنع منه وقوع المعصية وترك الطاعة مع قدرته عليهما.الشيخ المفيد، محمد بن محمد بن النعمان ابن المعلم أبي عبد الله العكبري، البغدادي (متوفاي413 هـ)، النكت الإعتقادية و رسائل اخري، ص37، تحقيق: رضا مختاري، ناشر: دار المفيد للطباعة والنشر والتوزيع - بيروت – لبنان، الطبعة: الثانية، 1414 هـ - 1993 م. توضيحات: چاپ كنگره هزارمين سالگرد رحلت شيخ مفيد.

Kemaksuman ialah kurniaan yang Allah (s.w.t) mencegah seorang Mukallaf dari terjadinya kemaksiatan dan meninggalkan ketaatan dengan kekuatan untuk kedua perbuatan itu. – Shaykh al-Mufīd, Muḥammad bin Muḥammad bin Al-Nuʽmān ibn al-Muʽallim (meninggal pada tahun 413 Hijrah), Al-Nukkat al-Iʽtiqadiyyah wa Rasā’il Ukhrā, halaman 37.

Sayyid Murtaḍa dalam menakrifkan ʽIṣmah turut mengatakan:

العصمة: ما يمنع عنده المكلف من فعل القبيح والاخلال بالواجب، ولولاه لم يمنع من ذلك ومع تمكينه في الحالين. عبارة أخرى العصمة: الأمر الذي يفعل الله تعالى بالعبد وعلم أنه لا يقدم مع ذلك الأمر على المعصية بشرط أن لا ينتهي فعل ذلك الأمر لأحد إلى الالجاء.المرتضي علم الهدي، ابوالقاسم علي بن الحسين بن موسي بن محمد بن موسي بن إبراهيم بن الإمام موسي الكاظم عليه السلام (متوفاى436هـ)، رسائل المرتضى، ج2 ص277، تحقيق: تقديم: السيد أحمد الحسيني / إعداد: السيد مهدي الرجائي، ناشر: دار القرآن الكريم – قم، 1405هـ.

Kemaksuman: Apa yang menghalang seorang mukallaf daripada melakukan perkara yang buruk, dan meninggalkan perkara wajib. Jikalau tidak menghalang dari demikian itu, maka ia mungkin boleh melakukan kedua perbuatan tersebut. Dengan kata lain kemaksuman ialah: Perkara yang Allah lakukan terhadap hambanya dan diketahuilah bahawa seseorang maksum itu tidak melakukan maksiat dengan perkara tersebut dengan syarat ia tidak dihalang dan dipaksa untuk melakukan perbuatan itu. -Al-Murtaḍa ʽAlamul Hudā, Abul Qāsim ʽAlī bin Al-Ḥusayn bin Mūsā bin Muḥammad bin Mūsā bin Ibrāhīm bin al-Imām Mūsā al-Kāẓim (meninggal pada tahun 436 Hijrah), Rasāil al-Murtaḍa, jilid 2 halaman 277

ʽAllamah Al-Hilli di dalam kitab An-Nāfiʽ Yawm al-Ḥashr menakrifkan ʽIṣmah sebagai berikut:

العصمة لطف خفي يفعل الله تعالى بالمكلف، بحيث لا يكون له داع إلى ترك الطاعة وارتكاب المعصية مع قدرته على ذلك، لأنه لولا ذلك لم يحصل الوثوق الحلي الأسدي، جمال الدين أبو منصور الحسن بن يوسف بن المطهر (متوفاى 726هـ)، النافع يوم الحشر في شرح الباب الحادى عشر، ص89، شرح: الفقيه الفاضل المقداد السيوري (متوفاي826هـ)، ناشر: دار الأضواء للطباعة والنشر والتوزيع ـ بيروت، الطبعة: الثانية، 1417هـ ـ 1996م.

Al-ʽIṣmah adalah Luṭf tersembunyi, yang Allah lakukan terhadap Mukallaf, supaya ia tidak terdetik untuk meninggalkan ketaatan dan melakukan maksiat sedangkan ia mampu melakukan perbuatan tersebut, kerana jika ia tidak demikian maka ia tidak dapat dipercayai. – Al-Hilli Al-Asadī, Jamaluddīn Abū Manṣur al-Ḥasan bin Yūsuf bin Al-Muṭahhar (meninggalkan pada tahun 726 Hijrah), An-Nāfiʽ Yawm Al-Ḥashr fī Shaḥr al-Bāb Al-Ḥādī ʽAshr, halaman 89.

Dalam himpunan tak-rif-takrif ini, terdapat dua noktah penting iaitu:

1. Kemaksuman, sebagai Malakah Nafsānī daripada Ilahi di mana ia dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki.

2. Orang yang maksum bukanlah terpaksa tidak melakukan dosa, namun ia berada dalam keadaan mempunyai kudrat untuk melakukan dosa, namun dengan Lutf dan Taufiq Allah, ia menjauhkan diri dari melakukan dosa.

Beberapa tokoh dan cendiakawan menambah bahawa terdapat beberapa masalah tambahan yang mereka anggap ia adalah suatu keperluan buat para Imam. Marhum Muẓaffar menulis tentang perkara ini:

والعصمة: هي التنزه عن الذنوب والمعاصي صغائرها وكبائرها، وعن الخطأ والنسيان، وإن لم يمتنع عقلا على النبي أن يصدر منه ذلك بل يجب أن يكون منزها حتى عما ينافي المروة، كالتبذل بين الناس من أكل في الطريق أو ضحك عال، وكل عمل يستهجن فعله عند العرف العام.المظفر، الشيخ محمد رضا (متوفاي1381هـ)، عقائد الإمامية، ص54، ناشر: انتشارات أنصاريان ـ قم.

Kemaksuman bermakna bersih daripada dosa dan maksiat kecil atau besar, kesalahan atau kelupaan. Walaupun pada pandangan akal tidak mustahil nabi melakukan perkara tersebut. Namun adalah wajib ia menjadi bersih dari segala perbuatan tidak bermaruah, seperti makan sambil berjalan, ketawa besar dan segala perbuatan  tidak senonoh dalam pandangan orang awam. – Al-Muzaffar, Shaykh Muḥammad Ridhā (meninggal pada tahun 1381 Hijrah), ʽAqā’id Al-Imāmiyyah, halaman 54

Pandangan ini adalah benar kerana dalam pendapat sebahagian orang, mereka menganggap kerja atau amalan tertentu yang mereka lakukan adalah halal dan dibolehkan bagi orang lain, padahal ia dipandang buruk dan tidak senonoh. Maka nama baiknya hilang di mata masyarakat yang melihatnya. Sebagai kesimpulannya, orang ramai tidak mempercayai ucapannya sambil mencegah diri mereka dari mengikutinya.

Dalil kemaksuman para nabi dan imam tentang perbuatan-perbuatan yang dianggap tidak menyenangkan oleh orang ʽarif juga merupakan dalil-dalil yang dapat disabitkan dengan kemaksuman dari dosa, kesalahan, lupa dan sahw.

Asas kemaksuman para Imam menurut al-Quran

Kemaksuman para Imam merupakan satu kemestian di dalam mazhab Syiah di mana ianya mempunyai asas dalam al-Quran dan riwayat. Oleh kerana itu usulan atau pandangan seseorang individu biasa dalam perkara ini tidak boleh dimasukkan dalam pemikiran dan akidah seluruh pengikut mazhab Syiah.

Ayat taṭhīr, ayat Ulil Amr dan... adalah antara ayat-ayat yang terang  menyabitkan kemaksuman para Imam sehingga beberapa tokoh Ahlul Sunnah turut menyatakan tentang perkara ini. Oleh itu mari kita lihat penelitian terhadap beberapa ayat:

Kemaksuman dalam ayat Taṭhīr

Ayat Taṭhīr ialah antara ayat-ayat yang menyabitkan kemaksuman dan kesucian para Imam dari segala kenistaan dan ketidaksucian. Allah (s.w.t) dalam ayat 33 Surah Al-Aḥzāb berfirman:

... إِنَّما يُريدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهيراً.

“Sesungguhnya hanyalah Allah hendak menghapuskan kenistaan dari kalian Ahlul bayt dan menyucikan kalian sebersih-bersihnya”

Untuk menyabitkan kemaksuman para Imam dengan ayat ini, hendaklah beberapa noktah penting mesti diambil perhatian:

Iradah yang dihadkan dengan kalimah Innamā

Ayat ini menggunakan kalimah «انما» iaitu yang Adātul Ḥaṣr yang paling kuat, ia mengeksklusifkan penghapusan kenistaan dan kekotoran dari Ahlul bayt. Dari sini, alif dan lām dalam kalimah Al-Rijsa merupakan Alif dan Lām Jins (الف و لام جنس) yang meliputi segala jenis kekotoran samada zahir atau batin.

Dengan pengertian yang lain, Allah berkehendak menyucikan semua jenis kekotoran, samada zahir atau batin, khusus dan eksklusif atas Ahlul bayt di dalam ayat ini. Hanya mereka sahaja yang murni dan bersih (menurut ayat tersebut). Maknanya, kemaksuman Ahlul bayt (a.s) telah disabitkan dengan jelas.

Iradah Takwinī, bukan Tashrīʽī

Tidak syak lagi, maksud daripada Iradah dalam ayat ini ialah Takwinī, bukan Tashrīʽī; kerana Allah telah memulakan dengan kalimah Innamā di mana ia merupakan Adāt Ḥaṣr yang paling kuat. Manakala penghilangan kenistaan telah dibataskan kepada lima diri Ahli ‘Abā’. Jikalau ia bermaksud Irādah Tashrīʽī maka pembatasan itu akan menjadi sia-sia kerana Irādah Tashrīʽī meliputi seluruh manusia dan tidak dikhususkan hanya untuk Ahlul bayt semata-mata sebagaimana firman Allah di dalam Ayat Wuḍū:

مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ. مائده / 6.

Sangat jelas bahawa maksud Irādah di dalam ayat tersebut adalah Tashrīʽī dan ia ditujukan kepada seluruh orang yang beriman. Ia juga tidak dikhususkan terhadap individu-individu tertentu. Namun Irādah di dalam ayat Taṭhīr telah dibataskan kepada Ahlul bayt dengan kalimah Innamā.

Maka sudah tentu Irādah di dalam ayat taṭhīr adalah takwini. Apabila ia menjadi takwini, kemaksuman Ahlul bayt telah disabitkan, maka individu-individu manusia lainnya seperti para isteri Rasulullah, Bani Hashim dan... telah keluar dari daerah ayat tersebut.

Noktah yang lain ialah jikalau irādah di dalam ayat ini adalah irādah Tashrīʽī, maka tiadalah kelebihan atau faḍilat untuk disabitkan kepada Ahlul bayt kerana Ṭahārah ada pada setiap orang beriman; sedangkan sepanjang sejarah perbahasan telah bertumpu kepada samada kelebihan ini hanyalah untuk Ahli Kisā’ atau termasuk isteri-isteri nabi.

Ayat ini tidak termasuk isteri-isteri nabi

Penentang mazhab Ahlul Bayt sering berusaha agar orang lain iaitu Ummahātul Mukminin turut termasuk dalam fadhilat besar ini sedangkan dengan bertadabbur dalam ayat tersebut, kebatilan dalam perbicaraan mereka menjadi jelas. Untuk menyabitkan perkara ini terdapat banyak dalil di mana sebahagiannya diperturunkan di sini.

Ayat Taṭhīr turun secara bebas:

Noktah penting yang tidak disedari oleh penentang kemaksuman para Imam ialah ayat  «إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا» telah turun secara bebas, bukan mengiringi ayat-ayat sebelum atau setelahnya. Perkara ini ada di dalam lebih kurang tujuh puluh riwayat dalam sumber-sumber Ahlusunnah yang mudah sekali untuk dibuktikan; sehinggakan di antara tujuh puluh riwayat ini tiada satu pun yang mengatakan orang yang dibicarakan ayat-ayat ini ialah para isteri Rasulullah (s.a.w). Ayat ini turun pada satu tempat di mana tidak seorang pun ahli tafsir mendakwa demikian.

MeskipunʽAkramah al-Khariji mendakwa maksud ayat ini ialah isteri-isteri Rasulullah selain ianya tidak termasuk sebagai Ahlul Bayt seperti, ʽAkramah tidak mengatakan bahawa ayat ini turun mengiringi ayat-ayat sebelumnya.

Perincian Miṣdāq (realiti eksternal) Ahlul Bayt melalui Nabi (s.a.w)

Terlalu banyak riwayat di dalam sumber-sumber Ahlu Sunnah yang menyatakan bahawa miṣdāq Ahlul Bayt dalam ayat Taṭhīr menurut sabda Rasulullah (s.a.w) telah pun terang. Muslim Nishaburī di dalam Ṣaḥīḥnya menulis:

حدثنا أبو بَكْرِ بن أبي شَيْبَةَ وَمُحَمَّدُ بن عبد اللَّهِ بن نُمَيْرٍ واللفظ لِأَبِي بَكْرٍ قالا حدثنا محمد بن بِشْرٍ عن زكريا عن مُصْعَبِ بن شَيْبَةَ عن صَفِيَّةَ بِنْتِ شَيْبَةَ قالت قالت عَائِشَةُ خَرَجَ النبي صلى الله عليه وسلم غَدَاةً وَعَلَيْهِ مِرْطٌ مُرَحَّلٌ من شَعْرٍ أَسْوَدَ فَجَاءَ الْحَسَنُ بن عَلِيٍّ فَأَدْخَلَهُ ثُمَّ جاء الْحُسَيْنُ فَدَخَلَ معه ثُمَّ جَاءَتْ فَاطِمَةُ فَأَدْخَلَهَا ثُمَّ جاء عَلِيٌّ فَأَدْخَلَهُ ثُمَّ قال «إنما يُرِيدُ ا