17 Jun 2011 - 19:30

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) yang baru, Mohamad bin Sabu berkata, "Pemikiran Imam Khomeini adalah jalan terbaik menghadapi kuasa angkuh dunia"Menurut Agensi Berita Iran (IRNA) di Malaysia, Timbalan Presiden PAS yang baru ini berkata, "Imam Khomeini menggunakan ajaran mazhab untuk mengerahkan rakyat dalam menggulingkan regim Shah yang zalim. Selain itu beliau turut berdepan dengan kuasa angkuh".Tuan Haji Mohamad Sabu menegaskan, "Imam Khomeini hanya bergantung kepada angkatan relawan agama, dan beliau mampu menjatuhkan regim monarki dalam negara ini".Timbalan Presiden PAS ini berkata, "Marx mempunyai kepercayaan bahawa agama adalah candu yang bertimbun. Para paderi menyokong keganasan, pendapatan dan hak rakyat diabaikannya, manakala  penganjur pemikiran ini mengubah struktur masyarakat, meninggalkan mazhab demi untuk mencapai apa yang mereka hasratkan. Tidak seorang pun yang menyangka bahawa mazhab dapat menewaskan kezaliman, penindasan dan penjajahan".Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia ini menegaskan, "Beberapa negara Arab juga turut melihat agama dan mazhab seperti itu. Inilah yang diperdebatkan. Namun mazhab telah dieksploitasi dengan buruk di dalam masyarakat".Tambah beliau lagi, "Mungkin eksploitasi inilah yang menyebabkan munculnya berbagai tanggapan tentang mazhab dan amalannya".Pemimpin PAS ini memuji peranan Khomeini di dalam dunia hari ini kerana pemimpin Revolusi Islam Iran tersebut mengerahkan rakyatnya menentang kezaliman Shah dengan menggunakan mazhab, sedangkan tokoh-tokoh agama di negara-negara lain mengambil kesempatan untuk menyembunyikan kesilapan-kesilapan pemimpin mereka".