Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan kebangkitan penduduk kawasan Syiah di Arab Saudi, ulama Wahabi Abdul Aziz Al Syaikh dan Syaikh Ali Al-Huzaifi telah menyerang Syiah dengan lantang dalam khutbah Jumaat minggu lalu di Madinah dan Riyadh sambil menyatakan kekesalan mereka terhadap kebangkitan Islam serantau yang dikaitkan dengan Republik Islam Iran.
Mufti Am Arab Saudi, Syaikh Abdul Aziz Abdullah Al Syaikh menuduh kebangkitan rakyat sebagai mencetuskan kekacauan di dalam dunia sambil mengatakan, "Penyokong kekacauan dan kerosakan di negara-negara Arab umumnya, dan khususnya di negara Arab Saudi adalah sebuah kumpulan sesat yang mempunyai muka bertopengkan Islam. Di sebalik pakaian ini mereka bermusuhan dengan ummat".
Beliau memberikan ucapan tersebut di dalam acara solat Jumaat di Masjid Jami' Turki bin Abdullah di Riyadh, ibnu kota Arab Saudi. Merujuk kepada Syiah Arab Saudi yang menuntut hak mereka yang dinafikan, beliau mengatakan, "Mereka ini adalah orang yang lemah imannya. Mereka ini musuh Allah dan Rasulullah, dari dahulu sampailah ke hari ini mereka berseteru dengan agama Islam. Individu-individu ini tidak beriman dengan Kitab Allah, tidak percaya dengan sunnah nabi, tidak suka pada para sahabat serta tidak suka dengan Islam dan penganutnya. Sebaliknya dari dahulu sampai sekarang, hati mereka bersama dengan musuh Allah dan orang kafir. Mereka inilah yang menjatuhkan dan memukul umat Islam dengan kerja-kerja dan sikap Islami. Semua huru-hara di sepanjang zaman dahulu terjadi melalui mereka dan kerja-kerja individu ini.
Pengerusi Majlis Ulama Saudi mengiaskan Republik Islam Iran sebagai tentera upahan luar dan berkata, "Allah telah menganugerahkan kita dengan pembaktian kepada Haramain dan menjaga keperluan haji. Oleh itu tidak akan tercetus pertentangan di antara orang ramai dan pemerintah kita melalui tangan tentera upahan asing yang tetap memusuhi Islam".
Beliau kemudiannya langsung merujuk kepada Persidangan Antarabangsa Membela Intifadhah di Iran dengan menunjukkan kebenciannya terhadap kebangkitan Islam sedunia dengan mengatakan, "Tiba-tiba timbul rasa tidak senang di dalam negara-negara Islam sebaik sahaja kita menyaksikan situasi tidak tenteram dan kekacauan di kalangan masyarakat. Kita rasa tidak senang hati kerana menyaksikan runtuhnya kebaikan dan kehidupan orang ramai di dalam fitnah ini. Di balik semua kejadian ini hanyalah kumpulan sesat yang mendakwa kononnya membantu Palestin dan warganya. Namun tidak ada sedikitpun kebaikan daripada mereka dan di dalam persidangan mereka. Mereka ini hanyalah berpura-pura dan berhelah".
Beliau mengatakan, "Setiap umat Islam tidak boleh kasihan kepada individu-individu seperti ini atau menggambarkan bahawa mereka ini penuntut pembaharuan dan syariat Islam. Orang Islam adalah mereka yang diamankan melalui lidah dan persabatan umat Islam yang lain. Namun mereka itu di sepanjang kurun-kurun yang lalu menentang Islam. Dakwaan keislaman mereka hanyalah sebuah pendustaan yang tidak lebih dari kata-kata yang bertentangan dengan kerja-kerja mereka".
Fitnah terbaru Wahabi Al Saud;
Mufti Arab Saudi dan kebencian terhadap kebangkitan Islam, Iran dan Persidangan Membela Palestin
9 Oktober 2011 - 20:30
News ID: 270834
Berikutan berterusannya kebangkitan Syiah Arab Saudi, mufti negara ini melahirkan rasa tidak senang dan kesal dengan kontroversi seruan kebangkitan dunia Islam yang dikaitkan dengan Republik Islam Iran. Beliau mengatakan, "Mereka yang berada di balik peristiwa-peristiwa ini ialah golongan yang sesat, mendakwa kononnya membantu Palestin dan rakyatnya. Namun tidak ada sedikit pun kebaikan pada mereka, persidangan-persidangan dan mereka semua hanyalah berpura-pura dan berhelah"