6 Disember 2011 - 20:30

Sambutan perarakan Asyura di Kabul, Mazarsyarif dan Qandahar diserang pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Tiga serangan terhadap peserta acara berkabung di hari Asyura sempena memperingati kesyahidan cucu Nabi Muhammad (s.a.w), saidina Husain (a.s) di Kabul, Mazarsyarif dan Qandahar menyebabkan lebih 200 orang terbunuh dan terkorban.

Kabul

Pada hari ini, seorang pengebom bunuh diri meletupkan bom yang dipasang pada jaketnya di tengah-tengah perarakan Asyura di wilayah Moradkhani, Kabul.

Pengebom bunuh diri ini dilengkapi dengan jaket yang dipasang bom dan menyelinap masuk ke dalam perbarisan kumpulan "Hai'at 'Azadari Khushi Lugar" dan berjaya meletupkan dirinya pada pukul 11:45 tengah hari kelmarin.

Pengeboman ini terjadi di tempat yang dinamakan "Ziyarat Hadzrat Abul Fadzl", di Kabul.

Salah seorang penjaga Ziyarat tersebut berkata, "Walaupun pihak polis diminta menyekat laluan motorsikal, namun mereka sama sekali tidak menyedari apa-apa sehingga terjadi letupan sebaik sahaja pasukan polis meninggalkan tempat kejadian".

Menurut jurubicara polis Kabul, jumlah korban terakhir serangan pengganas hari ini ialah 55 orang, termasuk 4 kanak-kanak dan 2 wanita, manakala 134 dimaklumkan cedera.

Mazarsyarif

Dua operasi pengganas yang disasarkan terhadap peserta perarakan Asyura di sini telah menyebabkan 21 orang terkorban, termasuk 3 orang polis dan seorang tentera.

Pengganas meletakkan bom pada sebuah basikal dan meledak sebaik sahaja perarakan melintasi kawasan selatan Raudhah Sakhi.

Qandahar

Peserta perarakan Asyura di kota Qandahar turut menerima serangan pengganas dan angka korban masih belum diketahui.

Menurut laporan berita Al-Jazeera di Afghanistan, seorang lelaki yang mendakwa sebagai wakil kumpulan pengganas Wahabi, "Lashkar-e-Jhangvi Pakistan" mengaku kumpulannya bertanggung jawab dalam serangan kali ini. Kumpulan tersebut sebelum ini menjalankan kegiatan pembunuhan pengikut mazhab Syiah di Pakistan dan kerajaan Pakistan masih bersikap mendiamkan diri terhadap kumpulan tersebut.