Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut laporan Taghrib News Agency, ulama Sunni Iran Akhund Chaparli menjelaskan kebangkitan Islam di negara-negara Timur Tengah dan pemberontakan rakyat serantau menunjukkan bahawa era regim-regim diktator telah berakhir dan kini pemerintahan Islam mencapai kemenangan dan tidak akan membiarkan hak seorang Muslim di dunia ditindas.“Keunggulan, kemuliaan, dan keagungan Muslim merupakan berkat dan kesan perpaduan. Kini, berkat pemikiran dan idea Imam Khomeini serta kepemimpinan Ayatullah Khamenei, umat Islam sedunia telah sedar bahawa kemuliaan sejati adalah milik Allah (s.w.t), Rasul-Nya, dan kaum mukmin. Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa angkuh dunia bukan pemilik kemuliaan dan mereka tidak dapat memberi kemuliaan kepada pihak lain, sebab mereka sendiri rendah dan hina,” jelasnya.Seraya menyinggung bahawa jalan paling berkesan bagi musuh-musuh Islam untuk menyusup ke negara-negara Muslim adalah mematahkan rantai perpaduan dan kesatuan rakyat, Akhund Chaparli menegaskan, sekarang pihak-pihak yang ingin mencipta perpecahan antara Syiah dan Sunni perlu mengetahui bahawa mereka tidak akan mencapai tujuannya sementara perpaduan dan kesetiakawanan kedua kelompok Islam tersebut semakin kuat dari masa ke semasa.“Kini, rahsia kejayaan Muslim dunia di semua sektor adalah kepatuhan atas bimbingan dan arahan Rahbar. Sejalan dengan itu, para ulama Syiah dan Sunni meneruskan misi besar dalam memberi penerangan kepada masyarakat, terutamanya berkaitan dengan konspirasi musuh-musuh Islam,” tegasnya.Pada bahagian akhir pernyataannya, Akhund Chaparli mengatakan, keunggulan, kemuliaan, dan keagungan Republik Islam lahir dari keberkatan darah syuhada dan ketaatan kepada Wilayatul Faqih serta perpaduan luar biasa antara ulama Syiah dan Sunni.
20 Disember 2011 - 20:30
News ID: 285527
Ulama Sunni dari kota Gonbad, Iran menyatakan, kebangkitan Islam dan kebangkitan rakyat Timur Tengah menentang pemerintahan zalim dan penipu adalah realisasi daripada ucapan Pemimpin Agung Revolusi Islam Iran atau Rahbar, Ayatullah al-Udzma Sayid Ali Khamenei.