2 Januari 2012 - 20:30

Ayatullah Makarim Syirazi dalam pengajian Bahtsul Kharij menjawab syubhat salah satu saluran satelit Wahabi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Al-Uzma Makarim Syirazi dalam pengajian Bahtsul Kharij yang di hadiri ratusan pelajar dan guru Hawzah menyebut salah seorang perawi hadis yang bernama Umar bin Yazid dari jilid ke-sembilan, Kitab Wasa'il Syiah. Menurut beliau perawi hadis tersebut adalah tsiqah (boleh dipercayai).

Marji' Taqlid ini menambah, golongan Wahabi telah menyalah gunakan nama perawi hadis tersebut untuk dijadikan alasan bahawa para Imam Syiah mempunyai para sahabat atau anak yang bernama Muawiyah, Umar atau Yazid sekaligus mengesahkan singgahsana kekhalifahan mereka.

Ayatullah Syirazi menerangkan, "Sudah tentu alasan ini dha'if, tidak berasas dan tidak kukuh kerana di zaman tersebut, terlalu ramai orang yang bernama Umar, Abu Bakar, Muawiyah dan Yazid. Nama ini biasa digunakan dalam seluruh kaum Arab."

Beliau menambah, "Andainya nama seorang individu sahaja yang tidak dapat diterima, ia tidak dapat menghapuskan nama ini di seluruh dunia."

Ayatullah Makarim Syirazi membawa contoh yang lain dan berkata, "Pernah nama syah Iran ialah Muhammad Ridha Syah, orang ramai bangkit menentangnya. Namun di zaman tersebut kemungkinan ratusan atau ribuan anak yang lahir dinamakan dengan Muhammad Ridha. Dengan ini nama Muhammad Ridha tidaklah dihapuskan semata-mata kerana syah, atau kerana Ridha Khan Pahlavi. Dengan kewujudan individu tersebut, orang ramai tidak menghapuskan nama itu dan ramai orang yang meletakkan nama Ridha pada anak mereka. Ini disebabkan nama tersebut sangat umum dan bukan nama khusus individu tertentu. Orang lain pun memakainya sebagai nama yang umum di kalangan orang ramai."