9 Februari 2012 - 20:30

Serangan ganas pasukan polis regim Saudi ke atas demonstrasi aman "Masirah Al-'Adl Al-Ilahi" menyebabkan seorang remaja Syiah 21 tahun terkorban manakala beberapa orang tercedera.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang remaja Arab Saudi ditembak oleh pasukan polis Saudi. Munir Abdullah Al-Maidani, 21, salah seorang pengikut mazhab Syiah dari wilayah Hay Al-Daubaj, Qatif maut dalam penyuraian demonstrasi malam tadi apabila peluru yang dilepaskan mengenai sekitar bahagian jantungnya.

Kejadian berlaku di jalan Al-Thawrah, Qatif, di Hay Al-Syuwaikah, berhampiran pejabat perlancongan Al-Hazim. Pasukan polis dikatakan melepaskan tembakan ke arah orang ramai tanpa sebab.

Demonstrasi malam tadi dinamakan Masirah Al-Adl Al-Ilahi (Perjalanan keadilan Ilahi).

Oleh kerana serangan keras pasukan polis regim Saudi, penunjuk perasaan tidak dapat membawa Maidani ke hospital dengan segera dan beliau mati di tempat kejadian.

Dalam serangan ganas ini, beberapa penduduk yang datang dari berbagai wilayah lain turut mendapat kecederaan.

Dengan kematian Maidani, jumlah penunjuk perasaan yang terbunuh di wilayah timur Arab Saudi meningkat seramai 6 orang.