15 Februari 2012 - 20:30

Bangsa Iran dikatakan sekali lagi akan memberi tamparan keras terhadap musuh dalam pilihanraya 12 Mac ini. Ayatullah Al-Uzma Sayid Ali Khamenei menegaskan, "Bangsa Iran dengan visi, pendirian dan penyertaan di dalam situasi tidak akan sekali-kali tewas dan di dalam pilihanraya 12 Esfan (2 Mac). Bangsa Iran sekali lagi sedar dan akan menunjukkan pendirian diri mereka. Dengan kehadiran mereka dalam pilihanraya parlimen ke-sembilan akan memberi pukulan kepada musuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Al-Uzma Sayid Ali Khamenei selaku tokoh revolusi Islam Iran pagi kelmarin dalam satu pertemuan bersama ribuan ulama, pegawai dan berbagai lapisan masyarakat Azerbaijan telah menyatakan rasa takjub beliau terhadap kehadiran berpuluh juta rakyat Iran dalam sambutan ulang tahun revolusi Islam pada tahun ini. Beliau menganggap peristiwa ini menunjukkan visi, keteguhan dan penyertaan tepat pada waktunya di mana mereka ini tidak akan tewas. Di dalam pilihanraya 2 Mac nanti rakyat Iran sekali lagi akan memberikan tamparan hebat kepada pihak musuh sambil menunjukkan pendirian mereka.Dalam pertemuan ini, beliau menyatakan peristiwa-peristiwa penting revolusi Islam menjadi pengajaran dan petunjuk major dalam pergerakan ke arah matlamat yang ingin dicapai. Mengenai perarakan sambutan ulangtahun revolusi beliau mengatakan, "Tahun ini semua orang menegaskan bahawa penyertaan orang ramai dalam perarakan 22 Bahman di seluruh negara lebih meriah dan ceria. Namun persoalan pentingnya ialah mengapa tahun ini menyaksikan kehadiran begini ramai?."Ayatullah Khamenei menegaskan, "Jawapan terhadap persoalan ini tidak lain lagi bahawa visi dan pendirian rakyat tiada tandingannya kerana rakyat Iran pada tahun ini merasakan bahawa negara, pemerintahan dan Islam sangat memerlukan kehadiran seperti ini."Tentang propaganda besar-besaran dalam media pihak musuh yang dipengaruhi jaringan Zionis antarabangsa beliau menyatakan, "Fokus propaganda ini ialah terhadap perarakan 22 Bahman supaya memungkinkan kehadiran rakyat menjadi tidak ceria dan meriah. Namun bangsa Iran dengan visi dan pendirian telah menimbulkan kehairanan, mereka sedar dengan pihak musuh. Dengan kehadiran secara besar-besaran dalam perarakan 22 Bahman tahun ini, mereka telah mengetuk mulut musuh."Media Iran sebelum ini melaporkan kehadiran orang ramai dalam perarakan 22 Bahman di lapan ratus lima puluh kota di seluruh negara. Ayatullah Khamenei menegaskan, "Ini adalah bangsa Iran. Bangsa ini dengan visi begini, pendirian dan hadir dalam lapangan tidak akan kalah."