Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengikut mazhab Syiah terus dizalimi apabila pengganas terus membunuh mereka tanpa sebarang pembelaan daripada pihak kerajaan.
Pagi tadi sebuah kenderaan pengikut Syiah diserang kumpulan pengganas Lashkar-e-Jhangvi sehingga menyebabkan 6 orang termasuk wanita terkorban.
Menurut wartawan ABNA, kenderaan tersebut membawa 14 orang Syiah diserang ketika dalam perjalanan ke arah Quetta dari Hezare Town.
Dalam insiden ini, enam orang Syiah termasuk seorang wanita dibunuh manakala enam yang lain cedera parah.
Mereka yang cedera langsung dikejarkan ke hospital. Pihak hospital mengesahkan keadaan mereka ini kritikal.
Selain itu lapan pengganas yang berkait rapat dengan kumpulan Wahabi Sepah-e-Sahaba dilaporkan menyerang Syiah di Quetta. Namun maklumat berkaitan tindakan daripada pihak kerajaan gagal diperolehi.
Dalam kejadian berasingan malam tadi, seorang penyair Syiah maut dibunuh oleh pengganas di Karachi.