Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - "Bahrain merupakan garis merah buat umat Islam menentang kuasa angkuh dunia" kata ulama Sunni Mamousta Amin Rasti, di Sanandaj, wilayah Kurdistan

Bahrain merupakan sebahagian daripada dunia Islam dan kita sentiasa mempertahankannya dan membela hak-hak bangsanya.

Mamousta Rasti membidas rancangan yang ingin menggabungkan Bahrain dan Saudi dengan berkata, "Musuh Islam harus tahu bahawa kebebasan umat Islam tidak dapat dijual dan mereka tidak dapat menghentikan gelombang kebangkitan Islam di rantau ini."

Merujuk kepada rancangan Saudi yang ingin merampas Bahrain, ulama ini berkata, "Umat Islam tidak akan berdiam diri terhadap komplot ini."

Beliau turut menasihatkan Badan Hak Asasi Manusia PBB supaya menerima usul mengecam jenayah kemanusiaan di Bahrain.

Arab Saudi baru-baru ini cuba mencari jalan untuk bergabung dengan negara Bahrain melalui kesatuan Liga Arab.