19 Ogos 2012 - 11:18

Pemimpin agung revolusi Islam Iran menganggap perkembangan terkini dunia Islam sebagai fonomena yang ajaib dan tiada bandingannya. Beliau berkata, "Perubahan ini menentukan perjalanan masa depan dunia Islam."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Sayed Ali Khamenei di dalam khutbah Eidul Fitri berkata perubahan besar yang terjadi di Timur Tengah bakal merubah perjalanan masa depan dunia Islam.

Kata beliau, "Keberkatan ruang lingkup kerohanian, keberkesanan dan daya-maju yang wujud dalam negara perlu direbut oleh semua orang.

"Dengan membiasakan pembacaan al-Quran, individu-individu terutamanya golongan muda  dapat menyimpan cahaya di bulan mulia ini di samping dapat menjaga diri dari syaitan dalaman dan luaran."

Sambil memuji perhimpunan Hari al-Quds Sedunia, pemimpin revolusi ini berkata, "Tidak syak lagi, gerakan besar dalam dunia Islam ini akan mengiringi kesan besar dalam dunia Islam."

Mengenai solidariti umat Islam di seluruh dunia bersama rakyat Iran dalam Hari al-Quds, Ayatullah Khamenei berkata, "Tahun ini lebih ramai umat Islam turun ke lapangan membela Palestin terutamanya di negara-negara 'kebangkitan Islam' dan Insyallah peristiwa ini akan diteruskan."

Sambil menyifatkan Hari al-Quds Sedunia ibarat darah segar yang mengalir di dalam urat umat Islam, beliau mengatakan, "Dengan mengamati usaha berterusan musuh-musuh Islam untuk melupakan masalah Palestin, perarakan Hari al-Quds memberikan makna yang sangat mendalam."

Pemimpin revolsi Islam ini menggambarkan perkembangan terkini dunia Islam sebagai ajaib dan tiada tandingan dengan mengatakan, "Transformasi yang bakal menentukan masa depan dunia Islam ini adalah rahmat Ilahi, irama ini akan terus berlanjutan."

Beliau menegaskan, "Musuh-musuh umat Islam memasuki lapangan dengan helah yang lebih kompleks dan kerahan seluruh kekuatan untuk mematahkan perkembangan ini. Walau bagaimanapun umat Islam akan melumpuhkan komplot-komplot musuh."

Ayatullah Khamenei turut menegaskan betapa pentingnya mengambil perhatian terhadap peristiwa-peristiwa yang terjadi sambil mengelak dari kesilapan dalam analisa perkembangan semasa, beliau menegaskan, "Di mana sahaja Amerika, Zionis dan ahli politik regim angkuh memulakan gerakan, tidak dapat dinafikan lagi gerakan dan tujuannya itu salah dan batil. Hanya ketelitian dalam peristiwa ini sahaja dapat mengelak kesalahan dan kesilapan dalam analisa."

Beliau sempat menyentuh tentang gempa bumi dan kerosakan yang dideritai oleh saudara seagama di wilayah Azerbaijan Timur dengan menyifatkannya sebagai peristiwa pahit dan musibah berat dengan mengatakan, "Semua orang amat berdukacita."

"Usaha perlu diteruskan supaya tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar terhadap mangsa gempa bumi dapat dilaksanakan dengan baik."

Sambil memuji keperihatinan masyatakat terhadap mangsa gempa bumi, beliau menegaskan, "Rakyat Iran tidak sekali-kali mengabaikan simpati dalam peristiwa seperti ini, hendaklah bantuan dan pertolongan terus disalurkan kepada mangsa gempa bumi."

Beliau berharap usaha-usaha para pegawai bantuan dan pertolongan orang awam dapat menghilangkan kesan peristiwa ini dan penduduk di tempat yang dilanda gempa bumi akan menyaksikan pembinaan dan pembangunan baru.