21 Ogos 2012 - 19:30

Polis regim Al Khalifah serang perarakan mengiringi jenazah Husam al-Haddad ke tanah perkuburan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Polis regim Bahrain dalam satu siri keganasannya telah menyerang perarakan jenazah remaja yang ditembak dalam satu tunjuk perasaan baru-baru ini.

Orang awam yang menyertai perarakan jenazah ini terpaksa menghadapi serangan gas pemedih mata yang dilepas oleh pihak berkuasa. Sementara itu jalan menuju ke pulau Muhriq telah ditutup untuk menyekat perarakan tersebut.

Remaja tersebut bernama Husam al-Haddad dibunuh oleh polis regim Bahrain ketika mengibarkan bendera Palestin di Hari al-Quds Sedunia.

...................پایان پیام/ 200 ـ 218