2 September 2012 - 19:30

Presiden Republik Zimbabwe berkata, "Kami mengecam tindakan berat sebelah, campurtangan dalam urusan dalaman dan salahguna kuasa PBB untuk menekan negara-negara lain."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden Zimbabwe Robert Gabriel Mugabe ketika mengucapkan terima kasihnya terhadap Republik Islam Iran berkata, "Anggota NAM menekankan perlindungan kepentingan-kepentingan negara-negara diseluruh dunia. Ini disebabkan pergerakan NAM merupakan pertubuhan terbesar selepas PBB."Beliau menambah, "Kita selaku anggota NAM hendaklah memanfaatkan kesempatan dari kekuatan masyarakat anggota sendiri supaya dapatmewujudkan sistem baru untuk perdamaian sedunia yang diadili oleh bangsa dan negara-negara yang bersatu hati."Presiden Zimbabwe ini menambah, "Kami percaya anggota NAM sentiasa berdiri untuk mencari perdamaian global, kemajuan masyarakat dan ekonomi."Mengenai transformasi dunia dan rantau itu baru-baru ini, beliau menjelaskan, "Transformasi politik baru-baru ini dan kesannya terhadap keberkesanan struktur semasa global ke atas keamanan penghuni dunia dan bangsa-bangsanya membuatkan Zimbabwe cemas."Kami mengecam tindakan berat sebelah, campurtangan dalam urusan negara lain dan salahguna kuasa PBB untuk menekan negara-negara lain. Kami juga menyeru hubungan multilateral antara negara-negara," ujar beliau.Selain itu beliau turut menyeru dunia ini dibebaskan dari senjata nuklear dan menganggap tindakan sekatan ekonomi ke atas Iran adalah tidak adil.Presiden Zimbabwe turut mengaskan, "Kebanyakan negara tidak menghormati prinsip dan matlamat PBB, negara-negara ini ialah kuasa imperialis, dan kami mengecam tindakan-tindakan ini.""NAM merupakan salah satu pertubuhan yang aktif di barisan hadapan untuk memerangi negara-negara penjajah. Oleh itu pergerakan ini hendaklah menyelidiki masalah Palestin, perampasan dan pembinaan penempatan haram regim Zionis," ujar beliau.Beliau turut menyentuh tentang masalah Syria dengan mengatakan, "Campurtangan luar dalam masalah Syria menyebabkan kebanyakan negara-negara kuasa angkuh yang gila kuasa mencari kepentingan sendiri dalam rantau itu, namun bangsa Syria perlu memperbaiki negaranya di belakang meja rundingan."