Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pejabat Penasihat Hal Ehwal Antarabangsa Rahbar Doktor Ali Akbar Velayati malam Isnin lalu mengeluarkan kenyataan membidas fitnah BBC dan jurucakap PBB Martin Nesirky yang menafikan pengakuan Ban Ki Moon tentang peranan Ayatullah Khamenei di timur Tengah.
Berikut adalah pernyataan dari pejabat Dr. Velayati:
Dengan Nama Allah Ta'alaApa yang Dr. Velayati nukilkan dari ucapan Setiausaha Agung PBB ketika pertemuannya bersama pemimpin revolusi Islam Iran sebenarnya adalah kata-kata peribadi Ban Ki moon . Selain itu audio visual pertemuan yang dihadiri para wartawan ini juga telah direkod.Dalam pertemuan tersebut, Setiausaha Agung PBB mengingatkan Ayatullah Khamenei seperti ini:"Sebagai pemimpin tertinggi dan pemimpin agama yang bukan sahaja di Iran, bahkan di rantau ini, anda mampu memainkan peranan yang sangat penting."Di bahagian lain beliau berkata:Anda mempunyai peranan penting, anda telah memainkan peranan dalam situasi di Lubnan dan Iraq. Saya tahu anda memberikan banyak tumpuan terhadap situasi di Bahrain.Ini semua kawasan yang telah dimainkan peranan oleh Iran, dan Iran juga akan memainkan peranan pentingnya di masa hadapan.Hari ini saya ingin menumpukan perhatian terhadap Syria. Salah satu tujuan kedatangan saya bertemu dengan anda ialah untuk meminta anda menggerakkan pengaruh sebanyak mungkin bagi menyelesaikan krisis di Syria.Saya rasa dalam rantau ini, hanya Iran yang dapat memainkan peranan yang sangat penting tersebut..."Para pegawai PBB sepatutnya memahami nasihat pemimpin tertinggi revolusi agar tidak menuruti kata-kata Amerika, dan tidak menafikan kenyataan jelas Setiausaha Agung PBB ini.Pejabat Dr. Ali Akbat VelayatiPenasihat Hal Ehwal Antarabangsa Pemimpin Tertinggi (Rahbar)
Dr. Ali Velayati setelah persidangan NAM berkata, "Setiausaha Agung PBB tidak hanya menggelarkan kenyataan bahawa Ayatullah Khamenei adalah pemimpin Iran, bahkan beliau juga mengatakannya sebagai pemimpin agama Islam di seluruh dunia."
Media Barat yang tidak mampu mempertikaikan pesidangan di Tehran, telah mengambil langkah mengurangkan siaran dan sebaran am tentang program NAM supaya masyarakat dunia kurang memberi perhatian terhadapnya.