Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan penghasilan filem yang menghina Nabi Muhammad (s.a.w) di Amerika, dengan ini Majma' Ahlul Bait mengecam keras jenayah kebudayaan ini.
Dalam kenyataan ini Majma' menegaskan sebarang aksi penghinaan terhadap Nabi (s.a.w) dan kedudukan suci baginda, individu-individu yang dihormati oleh agama-agama dan mazhab-mazhab adalah tidak dapat diterima oleh semua ajaran, "Meskipun penghinaan sebelum ini kepada Nabi (s.a.w) disebabkan kejahilan terhadap realiti ajaran-ajaran hikmah Ilahi dan al-Quran, namun gerakan terkini (sebagaimana yang dinyatakan oleh penghasil filem ini dalam wawancara bersama media Amerika dan Israel) benar-benar jelas, secara sengaja mempunyai agenda politiknya.
Kenyataan ini ditujukan langsung kepada penjenayah Amerika yang melakukan aksi-aksi penghinaan ini dan menjelaskan, "Amerika cuba berlepas tangan dari aksi penghinaan terhadap Nabi ini. Bolehkah kita percaya bahawa Rumah Putih tidak mendapat sebarang maklumat dan tidak bertanggung jawab tentang penghasilan filem yang bermodalkan 5 juta dolar termasuk aksi berterusan paderi gila ini?"
Selanjutnya Majma' Ahlul Bait menyeru kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan pencinta Nabi (s.a.w) agar menyertai demonstrasi dan mengeluarkan kenyataan mengecam. Paling kurang berusaha untuk membendung filem ini dari tersebar di samping menyekat gerakan syaitan ini.
Teks kenyataan Majma' adalah seperti berikut:
بسم الله الرحمن الرحیمFirman Allah:إنَّكَ لا تُسمِعُ المَوتَى وَلا تُسمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاء إِذَا وَلَّوْا مُدبِرِين"Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan keingkarannya). "Betapa terdesak dan putus asanya musuh-musuh kemanusiaan terhadap kebangkitan umat Islam, sekali lagi mereka menunjukkan perseteruan terhadap agama Islam dengan jalan yang paling tidak senonoh. Kali ini seorang pengarah filem Zionis cuba membesarkan nodanya dengan menghasilkan filem yang menghina Nabi (s.a.w) dan Islam.Dengan kerjasama Yahudi berfahaman Zionis, pelarian Koptik di AS dan paderi gila, filem ini dihasilkan di AS di mana penghinaan-penghinaan terhadap Nabi dan Islam tidak dapat diterangkan dengan lisan.Sebagai reaksi terhadap jenayah ini, Majma' Ahlul Bait sebagai pertubuhan di peringkat antarabangsa, yang mempunyai keanggotaan ratusan cendiakawan agama dan ilmu daripada kalangan berjuta-juta insan beragama, dengan ini menyatakan beberapa perkara penting untuk diberi perhatian oleh penduduk dunia:1. Penghinaan terhadap Nabi, kesuciannya dan individu-individu yang dihormati oleh agama-agama dan mazhab-mazhab tidak dapat diterima oleh semua ajaran. Oleh itu barangsiapa yang melakukan penghinaan terhadap Nabi (s.a.w) tidak termasuk daripada kalangan pengikut mana-mana agama dan ajaran, bahkan mereka ini hanyalah pengikut syaitan.2. Sebagaimana yang telah diketahui pemikiran Islam-fobia memuncak sejak peristiwa 11 September dengan menunjukkan aksi-aksi dalam bentuk kesenian, lukisan karikatur, pembakaran al-Quran dan penghasilan filem. Meskipun penghinaan sebelum ini terhadap Nabi (s.a.w) disebabkan kejahilan terhadap realiti ajaran-ajaran hikmah Ilahi dan al-Quran, namun gerakan terkini (sebagaimana yang dinyatakan oleh penghasil filem ini dalam wawancara bersama media Amerika dan Israel) benar-benar jelas, secara sengaja mempunyai agenda politiknya.3. Selain adengan-adengan kurang cerdik yang tidak berharga, salah satu perkara aneh dalam filem ini ialah memperkenalkan umat Islam sebagai individu-individu tukang seksa dan penumpah darah. Tanpa segan silu mengaitkan jenayah ini kepada umat Islam padahal hakikatnya kebanyakan jenayah-jenayah dalam filem ini dilakukan oleh askar Amerika, Zionis dan Barat terhadap rakyat Palestini, Iraq dan Afghanistan beberapa tahun kebelakangan ini termasuk juga di penjara Guantanamo dan Abu Ghraib. Meskipun begitu Islam adalah agama damai dan Nabi (s.a.w) adalah rahmat bagi seluruh alam (sebagaimana kesaksian Allah s.w.t dalam al-Quran).4. Dengan itu tangan umat Islam yang sebenar tidak pernah tercemar dengan provokasi, penyeksaan dan keganasan; bahkan kumpulan-kumpulan bertopengkan Islam Takfiriyah dan Wahabi sebenarnya yang melakukan keganasan dengan perlindungan rasmi badan perisikan Amerika dan Barat.5. Penyediaan dan penayangan filem ini oleh individu-individu yang berkaitan dengan negara-negara yang baru menggerakkan revolusi di Utara Afrika (seperti Mesir), menunjukkan kemarahan Amerika dan Zionis terhadap musim semi kebangkitan Islam di serantau. Pihak Zionis dan Amerika melihat kepentingan mereka di rantau itu sudah hilang dan berusaha sedaya upaya mengembalikannya.6. Kerajaan Amerika sedar tentang kemarahan umat Islam dan berusaha untuk berlepas diri dari aksi-aksi penghinaan ini. Bolehkah kita percaya bahawa Rumah Putih tidak mendapat sebarang maklumat dan tidak bertanggung jawab tentang penghasilan filem yang bermodalkan 5 juta dolar termasuk aksi berterusan paderi tidak waras ini?7. Meskipun kita tidak menekankan pembunuhan individu-individu yang tidak berdosa serta penyerangan diplomat politik, namun penjenayah Amerika dan Zionis sudah tahu bahawa pembunuhan staf-staf Amerika di Libya, atau serangan kedutaan Amerika di Mesir mencerminkan reaksi biasa yang berterusan terhadap sebarang penghinaan ke atas kesucian umat Islam. Jika kerajaan AS mendiamkan diri dalam tindakan pembakaran al-Quran oleh paderi Terry Jones, atau menghukum askar mereka yang menghina kesucian Islam di Bagram Afghanistan, nescaya mereka tidak akan menyaksikan diplomat dan rakyat mereka terkorban.8. Oleh itu Majma' Ahlul Bait menyeru umat Islam di seluruh dunia terutama sekali pengikut Ahlul Bait agar melangsungkan demonstrasi dan mengeluarkan kenyataan kecaman serta protes mereka terhadap aksi penghinaan ini. Sekurang-kurangnya berusahalah untuk membendung filem ini dari tersebar di samping menyekat gerakan syaitan ini.Selain itu umat Islam perlu mengawal diri masing-masing supaya tidak melakukan sebarang aksi kekerasan seperti menyerang mana-mana tempat atau individu. Hendaklah protes diiringi dengan rasional dan aman dengan bersungguh-sungguh dan berterusan.9. Petubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, institusi-institusi dan badan hak asasi manusia diharap dapat membendung jenayah kebudayaan yang anti-kemanusiaan ini agar tidak berulang lagi. Mustahil pertumpahan darah dapat dihentikan sekiranya penghinaan terhadap akidah-akidah (atas nama kebebasan) tidak dicegah.10. Akhir sekali, kepada para pegawai baru negara-negara revolusi serantau: Amerika dan Barat sekarang ini berusaha menukarkan revolusi rakyat, darah syuhada dan kalian menjadi seperti tentera upahan seperti mana orang sebelum kamu dengan janji-janji kewangan dan politik. Namun sebagai mana yang kamu lihat hari ini, mereka bukanlah sahabat kepada Islam dan umatnya. Oleh itu dengarkanlah seruan Islam dan tuntutan rakyat kamu sebagai ganti kepada jalan Amerika dan sekutunya di rantau. Ketahuilah kuasa sebenar ialah Iman kepada Allah (s.w.t) dan mengandalkan kepada umat Islam.Majma' Ahlul Bait13 September 2012