23 September 2012 - 11:07

Handaklah kita menjaga iman rakyat terutamanya remaja, sistem kerajaan Islam kukuh dengan keimanan rakyat, sekiranya iman rakyat lemah, maka asas sistem pemerintahan juga tidak kukuh

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah al-Uzma Jaafar Subhani semalam dalam majlis perasmian semester baru pusat pengajian kalam Islam berkata, "Akhlak Islam benar-benar universal sehingga tidak memerlukan akhlak daripada ajaran dan pemikiran yang lain."

Beliau menambah, "Akhlak Islam yang memberikan fokus terhadap perspektif material dan spiritual seseorang individu menunjukkan betapa ianya sudah serba lengkap.

"Hari ini kita menyaksikan pandangan-pandangan  beberapa ahli falsafah dan ahli hikmah hanya menumpukan perhatian terhadap kerohanian insan semata-mata sehingga tidak mampu menyediakan program-program untuk kesempurnaan insan," tambah beliau.

Mengenai bermulanya semester baru di Iran, Ayatullah Jaafar Subhani menambah, "Handaklah bermulanya semester tahun pengajian yang baru ini kita tekankan kodifikasi program eksklusif tentang masalah akhlak supaya kepentingannya menguatkan para pelajar."

Berkenaan dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad (s.a.w), beliau berkata, "Minggu lalu kita menyaksikan kesedaran telah melanda masyarakat Islam yang mana semua umat Islam dari berbagai mazhab dan pemikiran turun ke lapangan dan sebulat suara melaungkan "Labbaika Ya Rasulallah."

Marji' Taqlid Syiah ini menceritakan, sepanjang sejarah hidupnya beliau tidak pernah melihat perpaduan dan perubahan seperti ini. Kata beliau lagi, "Hasil yang diperolehi oleh pihak musuh adalah terbalik dari apa yang dihasratkan mereka melalui penghinaan ini. Mereka mahukan menjatuhkan martabat nabi umat Islam ini, sebaliknya umat islam bersatu dalam masalah ini."

Sambil menerangkan matlamat musuh ialah cuba melemahkan iman para pemuda, beliau berkata, "Kita hendaklah menjaga iman rakyat terutamanya para pemuda, sistem pemerintahan Islam kukuh dengan iman rakyat, seandainya iman menjadi lemah, maka asas sistem pemerintahan juga tidak kukuh.

"Masalah 'hijab tidak sempurna' atau 'tidak berhijab' sungguh melemahkan iman masyarakat tempatan, hijab dalam Islam adalah sebuah syiar, andainya syiar ini pupus pihak musuh telah mencapai matlamat mereka," ujar beliau.

Di akhirnya beliau berkata tentang betapa pentingnya ilmu tentang Wahabi di Hawzah. Tambah beliau, "Hari ini terdapat dua pihak yang bergiat aktif menentang Iran iaitu Kristian dan Nasrani yang disokong oleh Barat dan Saudi. Kita hendaklah menghadapi mereka dengan menalaah pelajaran dan mengaburkan kegiatan mereka."