Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah al-Uzma Sayid Ali Khamenei membangkitkan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad (s.a.w), dalam pertemuan bersama agensi-agensi haji semalam dengan menegaskan, "Demi penjernihan dan perpaduan umat Islam dengan adanya penutup para nabi (s.a.w) yang suci, wujudnya ungkapan kebencian yang mendalam blok kuasa angkuh terhadap seluruh umat Islam, maka kaum muslimin hendaklah menunjukkan diri mereka kepada seluruh dunia di markaz perhimpunan umat Islam, iaitu ibadah Haji. Inilah makna sebenar perlepasan (bara'ah) diri dari kaum musyrikin."
Ayatullah Khamenei menambah, "Tematik yang dipakai Barat dalam isu penghinaan ini menunjukkan tidak ada perbezaan antara mereka dan musuh.
"Isu penghinaan terhadap Nabi, dan komplot para pemimpin gabungan kuasa angkuh dunia menunjukkan wajah asli mereka serta niat mereka yang ingin menentang kuasa hak dan batil,” ujar beliau.
Mengenai umat Islam yang sebulat suara bangkit menentang penghinaan ini di seluruh dunia, beliau menambah, "Pergerakan dunia Islam yang bergelora dalam menjunjung tinggi Nabi (s.a.w), dan menzahirkan kebencian yang amat mendalam terhadap pihak musuh, adalah merupakan suasana yang ajaib dan sangat penting yang mana ia menunjukkan keupayaan besar untuk gerakan umat Islam."
Beliau turut menceritakan betapa majunya umat Islam yang berbagai firqah kerana kewujudan Nabi Muhammad (s.a.w), sambil menyatakan, "Dalam perkara ini tidak ada lagi Syiah, Sunni, golongan sederhana, pelampau dan lain-lain lagi, semuanya turun ke lapangan dengan bersatu hati dan jiwa kerana Nabi (s.a.w) adalah fokus dan blok akidah Ilahi serta Islam."
Selain itu beliau menekankan perpaduan perlu diteruskan dalam hal peribadi Nabi (s.a.w). Begitu juga menzahirkan bahawa kebencian terhadap pihak musuh baginda sangat dituntut dalam ibadah Haji. Tutur beliau, "Bara'ah (berlepas diri) dari kaum musyrikin adalah bermakna seluruh umat Islam merasa sensitif dalam menghadapi sesuatu musuh.
"Umat Islam hendaklah berdiri teguh atas prinsip sabda Nabi (s.a.w) iaitu tauhid Islam dan al-Quran selain menyatakan kecintaan dan menyanjung tinggi baginda dalam ibadah haji.
Sayid Ali Khamenei turut mengingatkan tentang bahaya konspirasi musuh dalam mewujudkan pertelingkahan dengan menekankan, "Musuh agama dan kuasa angkuh dunia tahu, umat Islam yang berbagai mazhab dan perselisihan akan bersatu hati dalam menghadapi mereka."