Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengerusi Lembaga Pendekatan Antara Mazhab bersama rombongannya telah mengadakan pertemuan dengan beberapa anggota Majelis Ulama Sulawesi ketika berada di Makassar pada hari Jumaat lalu.Turut hadir dalam pertemuan ini antaranya ialah Maulawi Ishaq Madani selaku Penasihat Hal Ehwal Ahlusunnah bagi Presiden Iran dan Anshari Musawi dari jabatan Antarabangsa Pejabat Rahbar.Dalam sesi dialog bersama ulama Sulawesi, Ayatullah Taskhiri menegaskan betapa pentingnya mengukuhkan perpaduan umat kerana pihak musuh sentiasa mengintai peluang untuk melemahkan Islam dengan cara yang sangat licik.Berasaskan laporan berita ini, rombongan Lembaga Pendekatan Antara Mazhab mengadakan lawatan selama 6 hari ke Sulawesi dan sempat mengadakan pertemuan bersama ketua pertubuhan Muhammadiyah Dr. Din Shamsuddin, ketua Pusat Dialog Kebudayaan Indonesia Dr. Hashim Muzadi, penasihat Hal Ehwal Timur Tengah bagi Presiden Indonesia Dr. Alawi Shihab, presiden Majelis Ulama Indonesia Professor Umar Shihab dan ramai lagi cendiakawan Islam yang lain.