18 Disember 2012 - 20:30

Regim al-Khalifa melepaskan geram terhadap perjuangan demokrasi

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Demonstrasi aman sempena ulangtahun Hari Syuhada bertukar menjadi huru hara apabila polis regim bertindak ganas menyerang dan menangkap penduduk awam.Para pegawai Bahrain pula enggan mengulas pencabulan hak asasi manusia ini terutamanya mengenai serangan polis dengan menggunakan berbagai senjata haram.Laman web parti al-Wefaq pula menyatakan polis regim Bahrain menghalang hak kebebasan umat Islam untuk menyatakan pendirian dan melangsungkan demonstrasi aman.Menurut al-Wefaq lagi, demonstrasi penduduk awam 100 peratus berlangsung secara aman, namun serangan polis regim telah menyebabkan ramai yang cedera."Penunjuk perasaan langsung diserang dari jarak dekat. Pihak polis turut menangkap beberapa orang daripada mereka."Penangkapan ini menunjukkan politik membalas dendam Al Khalifah terhadap mereka yang inginkan demokrasi," jelas laman web parti pembangkang Bahrain ini.Saksi di tempat kejadian pula menceritakan kekejaman polis regim yang menyembur bahan kimia ke muka wanita, mengepung rumah penduduk dan menghalang mereka masuk ke tempat kediaman masing-masing.Laporan turut menyebut beberapa husainiyah di Manama telah dirosakkan manakala rumah-rumah disembur dengan gas beracun sehingga menyebabkan masalah pernafasan.Pemerhati hak asasi manusia dan parti al-Wefaq turut mengutuk aksi ganas terhadap pendudul awam sambil menyatakan pihak regim semakin terdesak. Menurut al-Wefaq lagi, pihak regim gagal dalam menerapkan keamanan.Dalam satu kenyataan, parti tersebut menceritakan bahawa melangsungkan tunjuk perasaan aman di seluruh wilayah seperti Manama adalah hak seorang muslim. Tidak ada sebarang alasan untuk menghalangnya.Selain itu laman web parti pembangkang Bahrain turut memaklumkan seluruh jalan masuk ke Manama masih ditutup sejak malam tadi.