Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Konsul Kebudayaan Republik Islam Iran Dr. Ali Akbar Ziya'i telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Parti Islam Semalaysia (Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membincangkan masalah Timur Tengah pada hari Selasa lalu.

Menurut Agensi Berita Mehr, Dr. Ali Akbar juga selaku wakil Presiden Lembaga Pendekatan Antara Mazhab Ayatullah Mohsen Araki turut mengemukakan undangan kepada presiden Pas untuk menyertai Persidangan Perpaduan Islam bersamaan dengan hari ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w).

Dalam pertemuan yang diadakan di kompleks Pas Kuala Lumpur ini, Dr. Ali Akbar mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas kerjasama beliau dalam pendekatan antara mazhab Islam.

Sambil mengucapkan terima kasih atas jemputan itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, "Persidangan begini menyebabkan umat Islam lebih saling mendekati."

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan masalah dunia Islam dari perspektif budaya, masyarakat dan kemelut terbaru di Timur Tengah. Mereka berdua sepakat bahawa penyelesaiannya adalah mendekatkan pandangan para cendiakawan dan pemimpin politik dunia Islam.

Berasaskan laporan ini, masing-masing bersetuju untuk mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak.