Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menjelang Minggu Perpaduan, Sayid Hasan Nasrullah selaku Setiausaha Agung Hizbullah akan menyampaikan pidato berkenaan dengan isu semasa.Berasaskan laporan berita ini, ucapan beliau akan disiarkan melalui sidang video di Selatan Lubnan. Beliau dijangka akan memberikan ucapan penting tentang perpaduan umat, gelombang pengkafiran dalam dunia Islam, termasuklah gerakan Wahabi yang membunuh ramai Syiah di Pakistan, Iraq dan lain-lain negara.Selain itu beliau akan menyampaikan analisanya mengenai krisis di Syria dan inisiatif presiden negara tersebut dalam menyelesaikan masalah tanah airnya. Sayid Hasan Nasrullah dikatakan akan menyeru dialog kerajaan Bashar Assad dengan pihak pembangkang.Selain itu masalah dalaman Lubnan dan krisis-krisis terbaru yang berpunca dari perpecahan ciptaan musuh akan menjadi topik hangat beliau.