Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mufti Republik Arab Syria Syeikh Ahmad Badruddin Hassun berkata, "Persidangan perpaduan ini dilangsungkan ketika kami berada dalam detik-detik yang amat bahaya. Mereka (pengganas) ingin menghapuskan kerajaan, namun mereka merosakkan negara," tambah beliau.Selain itu beliau menerangkan sebab utama ekonomi Iran disekat sebagai, "Sesungguhnya sekatan ekonomi ke atas Iran hanyalah kerana Palestin, bukan kerana program nuklear. Kita tidak rela al-Quds dipecahkan kepada bahagian-bahagian atau mengerjakan solat di bawah entiti Zionis di al-Quds."Mengenai isu Syria, beliau berkata bahawa Presiden Bashar Assad sanggup meletakkan jawatan. Namun bukan kerana isu pemerintahan. "Hari ini Syria tidak memberikan ancaman kepada Turki, namun teriakan Turki ditujukan kepada Hizbullah," jelas beliau.Selain itu beliau menyelar pihak pembangkang yang menolak tawaran Iran untuk perdamaian. Sebaliknya mereka ini lebih berbangga untuk pergi ke London. "Saya berharap pertemuan seperti ini diadakan di Damsyiq untuk melihat apa yang mereka lakukan terhadap rakyat Syria," tutur beliau.Ahmad Badruddin turut menjelaskan bahawa Iran menanggung derita dalam sekatan ekonomi kerana ummat. Iran juga sanggup berkorban jiwa dan ekonomi demi berbakti kepada umat manusia.Persidangan Perpaduan Islam Antarabangsa kali ke-26 berlangsung di Tehran hari ini di bawah slogan "Rasulullah (s.a.w) rahsia identiti umat Islam yang bersatu" dengan penyertaan golongan intelektual dan personaliti dari seratus dua negara.