4 Februari 2013 - 20:30

"Kuasa angkuh dunia tidak mampu menghadapi revolusi Islam Iran," kata salah seorang ulama Ahlusunnah Selatan Khorasan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - "Kuasa angkuh dunia tidak mampu menghadapi revolusi Islam Iran," kata Molavi Muhammad Hasan Barfi kepada wartawan Taghribnews (TNA).Ulama Sunni tersebut menegaskan bahawa kemenangan Revolusi Islam Iran telah mengubah negara ini menjadi salah satu kuasa dunia dari kalangan negara-negara Islam.Sambil menceritakan peranan Imam Khomeini, beliau berkata, "Al-Marhum Imam Khomeini hari ini menjadi salah seorang model untuk umat Islam."Menurut beliau, Revolusi Islam Iran di bawah kepimpinan al-Marhum Imam Khomeini telah membuktikan bahawa sesebuah bangsa dapat berdiri menghadapi penguasa yang kejam sekiranya mereka mempunyai pemimpin yang dapat menyatukan umat.Molavi Muhammad Hasan Barfi turut menggesa umat Islam melakukan apa sahaja yang terbaik dalam memelihara Revolusi Islam Iran yang dianggapnya sebagai, "Rakyat Iran sudah banyak mengorbankan nyawa mereka dan sudah menjadi kewajipan kepada kita untuk memelihara revolusi ini serta tidak membiarkan pihak musuh merosakkan sistem dan kerajaan ini."Beliau mendesak agar rakyat Iran bergabung dalam perhimpunan besar 22 Bahman (10 Februari) ini sebagai sambutan ulang tahun revolusi."Bangsa Iran hendaklah mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut dan meneutralkan komplot yang menetas daripada pihak musuh," kata Molavi.Sepanjang sepuluh hari sambutan revolusi yang dikenali sebagai Dah-e-Fajr, penduduk Iran melangsungkan banyak aktiviti untuk memperingati hari bersejarah tersebut.Setiap tahun berjuta-juta penduduk Iran akan mengambil bahagian di jalan-jalan untuk memperingati 22 haribulan Bahman yang menandakan kemenangan Revolusi Islam Iran.