Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dalam majlis "Kebangkitan Dalam Penindasan" di Masjid A'zham, Qom, Hujjatul Islam Wal Muslimin Akhtari berkata, "Masyarakat mengadakan majlis di sini ini untuk membela orang yang dizalimi ketika bermulanya tahun ke-3 kebangkitan dan perjuangan rakyat Bahrain. Ini bertujuan menghargai kebangkitan mereka ini, yang tidak kenal penat lelah termasuklah para syuhada mereka. Kami mohon Allah mengangkat darjat mereka."
Beliau menambah, "Perhimpunan yang dihadiri anda ini dilangsungkan berhampiran makam Hadrat Ma'sumah (a.s) supaya kita dapat mendoakan keluarga syuhada, mereka yang cedera dan tahanan-tahanan di penjara Bahrain. Kita berharap kejayaan bersama gerakan ini dan kita berdoa agar tahanan-tahanan yang tidak berdosa samada lelaki dan perempuan, tua dan muda yang masih dipenjarakan mendapat bantuan Allah, semoga rakyat Bahrain mencapai kemenangan."
"Rakyat Bahrain lebih dizalimi berbanding penduduk negara-negara lain kerana tidak satupun sebaran am, saluran televisyen, radio dari berbagai negara sanggup membuat liputan tentang orang yang dianiaya ini kerana tekanan dari imperialis media," ujar beliau.
Mengenai ahli politik dan tokoh-tokoh terkenal dunia yang enggan membela rakyat Bahrain, beliau berkata, "Kerana itu kita mengadakan majlis seperti ini. Kita membela rakyat Bahrain bersama-sama orang yang dizalimi dari berbagai negara."
Akhtari menegaskan, "Wahai rakyat Bahrain, kami sama-sama berkongsi kesedihan kamu, kami berdoa untuk kamu, kami merasakan kesakitan kamu, kami akan sampaikan suara-suara kamu ke telinga-telinga yang berhadapan dengan kebenaran."
Selain itu beliau menyifatkan penjenayah Al Saud yang menduduki Bahrain sebagai pencerobohan serta bersubahat dengan regim Al Khalifah untuk menzalimi rakyat. Ujar beliau lagi, "Kami memaklumkan kepada penjenayah-penjenayah Al Khalifah bahawa rakyat Bahrain tidak bersendirian. Umat Islam ingin membantu namun mereka yang tidak mahu. Jika tidak pasti anak-anak pengikut ajaran Ahlul Bait bergegas membantu mereka menghadapi kezaliman."
Di akhir ucapan Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait ini berkata, "Majlis ini diadakan untuk membela rakyat Bahrain dan memaklumkan jenayah Al Khalifah dan Al Saud."