Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pihak berkuasa Arab Saudi menyerbu kawasan perumahan penduduk awam di Qatif (wilayah majoriti Syiah), Timur Arab Saudi sambil melepaskan tembakan rambang.
Penduduk mendakwa sejumlah kenderaan polis mengepung jalan-jalan ke arah rumah 23 orang yang dikehendaki mereka sambil menghalang orang ramai mendekati kawasan tersebut.
Sumber mengesahkan polis regim menyerbu masuk ke rumah "Mursi al-Rubh", "Fadhil al-Shafwani" dan "Muhammad Isa al-Labad", namun mereka ini gagal ditangkap kerana tidak berada di rumah.
Berasaskan laporan ini, polis regim telah melepaskan tembakan ke arah rumah suspek dan pelurunya tembus mengenai rumah jirannya sehingga menyebabkan penduduk menjadi panik.
Apabila gagal menangkap suspek sebahagian polis regim bertindak mencuri barangan beharga dan wang dari rumah yang diserbu.
Berikut adalah gambar-gambar serangan polis Saudi ini yang tersebar luas.












